Advertisement

Seluar Jeans


Soalan
Ada yg kata pki sluar jeans pon x boleh..tp klu kite pki jeans yg x seketat skinny jeans tu boleh ke?
_________________________________________

Jawabnya 

Boleh atau tidak boleh pakai sesuatu jenis seluar itu hanya perlu berbalik pada hukum Syara'. Tidak kiralah seluar jeans atau apa-apa jenis seluar sekalipun, sekiranya seluar yang di pakai itu ketatnya sehingga menampakkan bentuk badan, maka begitu jelas hukumnya Haram dipakai oleh wanita. Sekiranya seluar itu jenis yang longgar, apabila di pakai tidak kelihatan bentuk badan, maka Harus di pakai.
Begitu juga halnya dengan wanita yang memakai pakaian yang berlengan pendek, kemudian di pakai stokin lengan untuk menutup bahagian lengannya. Maka kembali pada hukum Syara', sekiranya stokin lengannya masih menampakkan bentuk lengannya, maka di kira masih tidak menutup aurat dengan sempurna sepertimana yang dituntut Syara'. Stokin lengan itu sebenarnya di pakai bersama pakaian yang berlengan panjang. Tujuannya untuk mengelakkan aurat lengan kita kelihatan apabila lengan baju terselak.
Semua perkara pasti akan kembali kepada hukum Syara'. Jawapan yang sudah saya nyatakan berkaitan soalan hukum memakai seluar jeans sebelum ini dapat membantu dalam menilai adakah sesuatu jenis seluar itu bersesuaian atau bertentangan pada Syara'. Sila rujuk semula jawapan tersebut. Saya harap selepas ini tidak ada lagi persoalan adakah seluar jenama ini boleh dipakai atau tidak. Sekiranya saudari faham jawapan saya berkaitan hukum seluar jeans sebelum ini, maka saudari sendiri dapat menilai adakah sesuatu jenis seluar itu Harus di pakai atau sebaliknya.

Allahu a'lam.
[Ditaip oleh Azzhar Addin]   

[ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]
Seluar Jeans Seluar Jeans Reviewed by Julia Tarmidi on 2:56:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.