Advertisement

Pokemon Go

Assalam,

Alhamdulillah, syukur atas segalanya.

Sejak akhir-akhir ini, permainan Pokemon Go dah jadi satu fenomena. Satu permainan yang sangat laju dan popular. Rata-rata orang main permainan ini. Apa yang hebatnya sampai semua orang nak main? :)

Kalau kita tengok, siapa yang bermain Pokemon Go diluar sana. Berjalan sambil tengok smartphone. Kadang-kadang macam berselfie pun ada, tapi jari dok gerak-gerak laju seolah-seolah tolak sesuatu.

Oh, rupanya main game Pokemon Go. Seronok?

Saya sendiri pun kaki game juga. Tapi nasib baik saya tidak main game Pokemon Go.

Kalau kita tengok cara mereka bermain pun, agak bahaya. Sebab diluar, tepi jalan raya, tepi kedai sambil tengok smartphone. Tak pandang lain dah kecuali mencari karakter Pokemon Go dalam fon.

Agak-agak kita lalai tak?



Jom kita tengok artikel mengenai Pokemon Go dalam padangan Islam.

Pokemon GO bahaya, lalai dan haram dalam Islam

Permainan yang berbahaya dan melalaikan seperti Pokemon GO diharamkan dalam Islam kerana membawa ancaman kepada pembangunan ummah dan ekonomi.

Penceramah bebas, Shahrizan Daud berkata, Pokemon GO turut dianggap sebagai perjudian kerana membabitkan pertaruhan wang apabila setiap raksasa Pokemon yang berjaya ditangkap akan diberikan ganjaran.

Sehubungan itu, Shahrizan memberitahu, umat Islam dilarang daripada melakukan perkara yang melalaikan dan membawa kerugian serta ketagihan kerana masa yang ada seharusnya dimanfaatkan sebaiknya, lapor Berita Harian.

"Permainan Pokemon GO bukan saja melalaikan malah turut membahayakan nyawa pemain apabila terdapat laporan menyatakan segelintir individu sanggup memasuki kawasan larangan serta keluar pada waktu panas tengah hari, semata-mata untuk menangkap raksasa Pokemon.

"Banyak faktor yang menjadi penghalang atau gangguan kepada umat Islam untuk menempa kejayaan serta menjauhkan mereka daripada beribadah serta berbuat baik. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada pembangunan ummah," katanya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, di Arab Saudi, permainan mudah alih berkenaan difatwa sebagai haram kerana ia dianggap satu bentuk perjudian yang dilarang dalam Islam.

Sebelum ini, terdapat fatwa lama yang dikeluarkan pada 2001 di negara berkenaan yang menganggap permainan seperti itu satu bentuk perjudian dan umat Islam dilarang daripada bermainnya.

Dan kali ini, fatwa tersebut dikeluarkan semula bagi permainan Pokemon GO.

Fatwa itu memetik beberapa perkara berhubung larangan itu termasuk amalan perjudian iaitu dua pemain bersaing mendapatkan kad dengan harga berbeza dan siapa pemain terkuat memenangi kad terbabit; jika seorangpemain tidak mahu kehilangan kad, dia perlu membayar harganya.

Di Jakarta pula, pihak berkuasa Indonesia mengarahkan anggota polis supaya tidak bermain permainan Pokemon GO ketika bertugas dan larangan itu juga akan melibatkan pihak tentera tidak lama lagi.

Sumber: Malaysia Kini

Wassalam,
SahabatMusleem
Pokemon Go Pokemon Go Reviewed by Julia Tarmidi on 2:02:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.