Advertisement

Manusia Paling Baik


Manusia Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ.

Dari Abdullah bin Busr berkata, “Ada seorang Arab Badui bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?’ Beliau menjawab, ‘Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.’ ” HR. Tirmidzi 4/565

Pengajaran:

1.  Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dalam keadaan melakukan amal soleh.
2.  Mukmin yang paling baik ialah yang sepanjang umurnya sentiasa melakukan amal yang soleh.
3.  Orang yang paling baik adalah yang paling banyak amal kebaikannya dengan sebab umur yang bertambah dan membolehkannya melakukan amal soleh berterusan.
4.  Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.

Sumber: #Whatsapp

Wassalam,
SahabatMusleem
Manusia Paling Baik Manusia Paling Baik Reviewed by Julia Tarmidi on 8:55:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.