Advertisement

HUKUM BAGI WANITA DAN LELAKI MEMAKAI SELUAR

Bukankah wanita itu harus melabuhkan pakaiannya hingga menutupi tubuhnya.....seperti firman allah.... Maaf ana ingin memberi pendapat.. Pada ana hukum memakai seluar bagi perempuan adalah tidak boleh kecuali untuk aktiviti sukan....itupun seluarnya haruslah besar

Jawabnya benar, tetapi bukan Harus tetapi Wajib ke atas setiap muslimah memakai pakaian yang labuh menutupi tubuh badannya daripada kelihatan auratnya.

Surah an-Nur ayat 31;
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung".





Makanya, Harus bagi wanita memakai apa-apa pun jenis seluar dengan syarat seluar itu longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Sekiranya seluar itu ketat sehingga menampakkan bentuk badan wanita, maka seluar seperti itu Haram di pakai di hadapan orang awam.

Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini berkaitan permasalahan hukum seluar ini ( boleh rujuk jawapan daripada soalan yang sebelumnya);
"Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak Haram dengan syarat dia mestilah memakai pakaian yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya. Pakaian yang dipakai itu hendaklah labuh sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya".



Sebenarnya, adakah saudari fikir apa yang saya nyatakan sebelum ini hanya berdasarkan pandangan saya semata-mata? Kita sebagai orang awam tidak boleh mengeluarkan sebarang hukum dengan sesuka hati berdasarkan pandangan kita sendiri. Ulama' telah menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu permasalahan. Tugas saya hanyalah menyampaikan pandangan itu.

Sebenarnya saya tidak pernah memaksa sesiapa pun menerima apa yang saya nyatakan. Mahu menerima atau menolak itu terpulang kepada setiap individu. Mahu baca atau tidak setiap apa yang saya kongsikan juga terpulang. Saya tidak pernah ambil pusing mengenai hal seperti ini. Saya akan tetap berada di sini kongsikan ilmu seperti biasa. 

Dalam alam siber ini, saya hanya mampu menjawab secara ringkas berkaitan sesuatu permasalahan. Untuk penelitian dan huraian yang lebih menyeluruh pula perlu kepada merujuk dengan guru-guru agama yang berdekatan dengan saudari. Di sini bukan tempat untuk belajar, saya menggunakan ruang ini sekadar untuk perkongsian ilmu. Adab dalam belajar ilmu adalah secara berguru.

Terima kasih kepada saudari kerana memberi pandangan dan respon mengenai hukum seluar yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya sangat menghargai setiap respon daripada sesiapa pun. Saya hanya melaksanakan tugas dan bahagian saya atas dunia ini. Saya juga bertanggungjawab bagi setiap apa yang saya sampaikan. Moga Allah kurniakan kefahaman agama kepada kita semua.




Allahu a'lam.

Ditaip oleh Azzhar Addin. 

Sebarang persoalan boleh nyatakan di bahagian comment atau boleh juga rujuk saya di alamat Facebook ini:

Mohon disebarkan. Moga setiap yang membaca peroleh manfaat darinya dan setiap yang menyebarkan peroleh manfaat darinya juga. Insya-Allah.
HUKUM BAGI WANITA DAN LELAKI MEMAKAI SELUAR HUKUM BAGI WANITA DAN LELAKI MEMAKAI SELUAR Reviewed by Ustaz Addin on 2:31:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.