Advertisement

SOALAN PERMASALAHAN COUPLE


salam…ana ade soklan nak tanye..harap ade jawapan bagi soalan ana ni..ana x penah pun berkapel sejak dari kecil..tapi ble ana umur 17 thun ni ana dah tersuke dekat seseorang ni..tapi sorang pun xtau yang ana suke dekat hambe Allah ni..kemudian datnglah seorang hambe Allah yang lain yang mahu mengikat janji,,tapi diriku begitu buntu sekali untuk memilih,,aku sdg cube untuk tdk memikrkan prkre e2 skrang,,tp fitrah manusia tiada sape yang bleh mghlang..ana nk mnx pndgn dari phk sane supya tlong ana ape yang sepatutnye ana lakukan...berdosakah jika ana mlayan lelaki yang ana x sukainye????seolah-olah ana permainkan die..tapi ana x cnderung kpdnya...apakah pndptnye?


Jawabnya suka atau tertarik kepada seseorang itu dinamakan perasaan. Perasaan itu tempat hadirnya ialah di dalam hati. Sememangnya fitrah manusia berkeinginan untuk bercinta dan dicintai.



Tiada salah untuk kamu berkenalan dengan mana-mana laki-laki tetapi dengan tujuan untuk berkahwin. Sekiranya berkenalan bukanlah untuk berkahwin tetapi sekadar untuk bercinta-cinta atau berkasih-kasih maka dilarang dan begitu juga dengan ‘couple’. Semua perkara ini sememangnya menyumbang kepada zina. Ia termasuk dalam perkara yang menghampiri zina dan begitu jelas ciri-ciri hubungan seumpama ini dilarang di dalam ajaran Islam.

Sejujurnya kamu masih terlalu muda dan terlalu mudah untuk dipermainkan. Pada hakikatnya, percayalah bahawa bercinta ketika sekolah hanyalah perbuatan yang sia-sia dan membuang masa. Laki-laki yang baik tidak akan sesekali mendekati kamu pada jalan ini. Hubungan seperti ini hanyalah suatu permainan, permainan yang direka dengan penipuan, lakonan dan hipokrit kerana pada akhirnya kamu pasti akan dipermainkan. Jangan jatuhkan martabat kamu sebagai seorang muslimah pada perkara murah seperti ini.

Sebaiknya selesaikan terlebih dahulu tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang anak. Belajarlah setinggi mana yang kamu mampu capai dan berbaktilah kepada ibu bapa. Belajar adalah amanah daripada ibu bapa maka laksanakan perkara yang diamanahkan kepada kamu. Utamakanlah dahulu apa yang lebih utama.

Jangan terlalu cepat membuat pilihan kerana kemungkinan suatu hari nanti kamu akan menyesal dengan pilihan yang kamu buat suatu masa dahulu. Dunia ini begitu luas dan percayalah kamu masih belum melihat keseluruhannya. Kamu akan temui lebih ramai lagi laki-laki mungkin lebih baik daripada apa yang kamu temui sekarang. Apabila sudah sampai masanya nanti maka pilihlah yang mana terbaik buat kamu.Tetapi bukan sekarang kerana pada saat ini kamu masih perlu melangkah ke hadapan. Di dalam perjalanan nanti kamu akan temui banyak pengalaman. Pengalaman ini akan mengajar kamu erti kehidupan dan menjadikan kamu lebih matang.

Maka teruskanlah melangkah wahai muslimah dan jangan berhenti sehingga kamu benar-benar temui jodoh kamu.

Allahu'alam.

Ditaip oleh Azzhar Addin pada Sabtu, Jun 27, 2015. 

Sebarang persoalan boleh rujuk saya di alamat Facebook ini:[ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]

* Mohon disebarkan. Moga setiap yang membaca peroleh manfaat darinya dan setiap yang menyebarkan peroleh manfaat darinya juga. Insya-Allah.


Subhanallah>Alhamdulillah>Allahu Akbar
SOALAN PERMASALAHAN COUPLE SOALAN PERMASALAHAN COUPLE Reviewed by Ustaz Addin on 2:53:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.