Advertisement

Qunut Witir, Malam Ke 15 atau Malam Ke 16 Ramadhan?

Assalam,

Salam 15 Ramadhan 1436H. Sekejap je masa berlalu. :) Ok pagi ini, saya nak tulis sikit pasal soalan yang ramai jugak orang tanya. Kadang-kadang saya sendiri pun keliru.

Soalan

Bila ye Qunut witir nak kena buat, malam 15 Ramadhan ke atau malam ke 16 Ramadhan?

Jawapan

Qunut di dalam solat Witir ni, buat pada malam 16 Ramadhan, iaitu selepas kita selesai berpuasa hari yang ke 15 Ramadhan. Kalau kita buat malam 15 Ramadhan, sedangkan pada malam 15 Ramadhan tu, kita baru je selesai berpuasa hari yang ke 14 :) Jadi buat Qunut esok malamnya, iaitu malam ke 16 Ramadhan dimana kita dah selesai berpuasa untuk hari ke 15 ;)

Sila tinggalkan komen anda, jika ada kesilapan pemahaman saya akan hal ini :D Terima kasih!

Wassalam,
SahabatMusleem
Qunut Witir, Malam Ke 15 atau Malam Ke 16 Ramadhan? Qunut Witir, Malam Ke 15 atau Malam Ke 16 Ramadhan? Reviewed by Julia Tarmidi on 8:23:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.