Advertisement

SOALAN BOLEHKAH LELAKI KIRIM SALAM KEPADA PEREMPUAN


Assalamu’alaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah seorang lelaki kirim salam pada seorang perempuan.


Jawabnya ada pelbagai pandangan Ulama’ mengenai permasalahan ini diantaranya Imam Abu Sa’ad al-Mutawalli mengatakan; 

"Apabila wanita tersebut adalah isterinya, hamba perempuannya atau salah seorang dari mahramnya, maka hukumnya sama seperti laki-laki, yakni disunatkan kepada masing-masing untuk mendahului mengucapkan salam dan wajib menjawab salam.

Apabila wanita tersebut bukan mahramnya, jika kebetulan dia berparas cantik dan dikhuatiri timbul fitnah, maka laki-laki tidak boleh memberi salam kepadanya. Apabila tetap memberi salam, maka wanita tersebut tidak boleh menjawabnya. Demikian sebaliknya, si wanita juga tidak boleh mendahului mengucapkan salam. Apabila tetap memberi salam, maka tidak berhak memperolehi jawapan. Apabila si lelaki tetap menjawabnya, maka hukumnya makruh.

Berbeza halnya jika wanita tersebut sudah tua dan tidak dikhuatiri akan timbul fitnah kerananya, maka boleh baginya untuk mengucapkan salam kepada laki-laki dan salamnya wajib dijawab. Apabila seorang lelaki mengucapkan salam kepada sekumpulan wanita, atau sekumpulan laki-laki mengucapkan kepada seorang wanita, maka hukumnya boleh saja dengan catatan tidak timbul fitnah". (Rujukan Kitab Al-Azkar, Imam An-Nawawi)



Diantara pandangan yang lebih ringan ialah tiada halangan bagi laki-laki mengucapkan salam kepada perempuan dengan syarat perbuatan mengucapkan salam itu disertai dengan niat yang baik. Bukanlah untuk bersuka-suka, menganggu, atau seumpamanya.

Allahu’alam.


Ditaip oleh Azzhar Addin pada Rabu, Julai 8, 2015. 

Sebarang persoalan boleh rujuk saya di alamat Facebook ini:[ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]

* Mohon disebarkan. Moga setiap yang membaca peroleh manfaat darinya dan setiap yang menyebarkan peroleh manfaat darinya juga. Insya-Allah.


Subhanallah>Alhamdulillah>Allahu Akbar
SOALAN BOLEHKAH LELAKI KIRIM SALAM KEPADA PEREMPUAN SOALAN BOLEHKAH LELAKI KIRIM SALAM KEPADA PEREMPUAN Reviewed by Ustaz Addin on 9:03:00 AM Rating: 5

3 comments:

  1. salam ustaz. lau lelaki bg salam, pastu kita jawab dalam hati boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Salam, nk tnye. kalo lelaki tu bagi salam sebab saja2 dia nk mengganggu, apa hukum kita nk jawab salam tu ustaz? wajib atau x?

    ReplyDelete
  3. salam, jika tak nak jawab salam orang yg kita tak suka macamane?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.