Advertisement

Jurugambar Perkahwinan


Assalam,

Alhamdulilah hari ini dah masuk Ramadhan ke 16. Moga kita sentiasa dibawah rahmat Allah SWT. Amin! Jangan lupa rebut peluang pahala banyak-banyak.

Sejak kebelakangan ini, ramai saya lihat bakal pengantin tanya akan hal jurugambar. Perlukah mereka memilih jurugambar untuk memelihara aurat. Atau boleh je pilih mana-mana jurugambar samada lelaki atau wanita. Tak kisah! Sebab majlis istimewa kan. Jadi tak kisah! :D

Baru-baru ini, saya ada lihat rancangan Kopi Bersama Ustaz Kazim. Pasal jurugambar. Apa yang dia beritahu adalah;

1) Jangan ambil gambar pelanggan yang tidak menutup aurat
2) Tidak ambil gambar berpegang-pegangan tangan yang bukan muhrim
3) Tidak berdua-duaan jurugambar lelaki dengan pengantin perempuan didalam bilik
4) Jangan ambil gambar yang boleh mendatangkan aib si pengantin

Yang atas ni, semua dituju khas kepada pada jurugambar terutama jurugambar lelaki. Dan bagi saya, bakal pengantin pun kena memilih jurugambar untuk memelihara auratnya dsb. Betul tak? Kalau tak, sendiri susah tambah-tambah bakal pengantin perempuan. Kalau lelaki takde masalah sangat :D

Berikut pula, saya dapat soalan yang pernah ditanya dan sekali jawapan dari website http://syahirul.com/. Rasanya bagus untuk dikongsi dalam blog saya ini.


Assalamualaikum..

Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Bagi saya, semua soalan-soalan diatas ditujukan pada para jurugambar. Bakal pengantin juga perlu mengambil berat akan hal ini, bukan sebab majlis istimewa dikatakannya "tak kisah, sebab sekali sekala. Bukan selalu!"

Maka, bakal-bakal pengantin juga perlu bijak memilih jurugambar yang mana rasa sesuai untuk mereka mengikut kesesuaian majlis. Jurugambar lelaki atau jurugambar perempuan? :D

Sebelum itu, saya ada cuba tanya en Google. Hanya taip "jurugambar wanita" dibahagian search. Dan rupanya dah banyak jurugambar wanita diluar sana! Berikut adalah hasil yang saya cari:

1) Syud Ladies Photographer
2) LadiesFoto
3) The Photolicious (ada jurugambar wanita dan lelaki boleh pilih)
4) Dianagraphy & Videography
5) JulfyJR Photography
6) HHH Photography
7) Diana Jamal Photography
8) danfreezphoto
9) SisHoney Photography
10) GL Photography

Wahh, banyak lagi sebenarnya. Sesiapa yang nak jurufoto wanita, boleh la view page/website diorang yang saya senaraikan. Tak tahulah dengan servis diorang bagaimana :D

Jadi nak pilih yang mana, jurufoto lelaki atau wanita? Tepuk dada tanya iman :)

Wassalam,
SahabatMusleem
Jurugambar Perkahwinan Jurugambar Perkahwinan Reviewed by Julia Tarmidi on 12:29:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.