Advertisement

Ganti Puasa Dan Fidyah



Assalam,

Ada lagi soalan yang sering orang tanya. Mungkin ramai lagi yang kurang jelas pasal ganti puasa dan bayar fidyah.

Soalan

Betul ke kalau kita dah bayar fidyah, puasa dah tak payah diganti?

Jawapan

Puasa wajib diganti, berapa hari kita tinggalkan. Contoh 6 hari, jadi 6 hari lah kita perlu ganti kan puasa itu. Jika tak sempat nak habiskan ganti puasa sebanyak 2 hari kerana dah masuk bulan Ramadhan tahun berikutnya, kita wajib membayar fidyah sebanyak 2 hari dan menggantikan puasa 2 hari sebelum masuk bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Kesimpulannya, wajib ganti dan wajib bayar fidyah jika melangkah tahun Ramadhan yang berikutnya.

Kira Fidyah.

Jika kurang jelas, boleh tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih :D

Wassalam,
SahabatMusleem
Ganti Puasa Dan Fidyah Ganti Puasa Dan Fidyah Reviewed by Julia Tarmidi on 9:09:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.