Advertisement

10 Malam Terakhir Ramadhan

Kata Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid  :

Bermula 10 malam terakhir Ramadhan, maka semakin Ramadhan meninggalkan kita. Ambil dan rebut barakah bulan pengampunan ini dengan memperbanyakkan amalan serta minta pada Allah diberi nikmat ibadah dan pimpin kita ke jalan yang diredhaiNya. Jangan sombong pada Allah walau sesaat pun, setiap hembus nafas kita, nikmat makan, nikmat duit, nikmat berkeluarga, nikmat kesihatan mahupun sakit kita datangnya dari Allah. Selangkah kita datang kepada Allah, Allah berlari datang kepada kita.

Rasulullah di malam 10 terakhir Ramadhan bangun malam mengajak keluarga baginda sama-sama bermujahadah kepada Allah. Baginda berbuat amal bukan berseorangan malah mengajak yang tersayang meraih redha Allah. Di kala si isteri uzur, tetap tidak mahu melepas ganjaran Allah dengan mulut sentiasa berzikir pada Allah. Rebutlah rahmat Allah, kerana kita tidak tahu mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Sekurang-kurangnya kita datang bertemu Allah bukan dalam keadaan sombong padaNya. Allahua'lam.

Semoga bermanfaat. :)

10 Malam Terakhir Ramadhan 10 Malam Terakhir Ramadhan Reviewed by Julia Tarmidi on 2:10:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.