Advertisement

PERSOALAN MENGENAI CARA MENGETAHUI SIAPA JODOH KITA


Soalan, bagaimana cara untuk kita tahu siapakah jodoh kita? Jazakallah.

Jawabnya hal jodoh termasuk dalam rahsia Allah. Apa yang dimaksudkan dengan jodoh ialah pasangan hidup. Begitu pentingnya hal jodoh ini sehingga wujudnya bab munakahat di dalam Islam. Jadi tidak hairanlah kita sebagai manusia biasa memandang berat dalam perkara ini.

Antara cara mengenali siapa bakal pasangan hidup kita ialah dengan berusaha mencarinya dan bukanlah hanya menyerahkan segalanya pada takdir tanpa berbuat apa-apa. Ada sesetengah orang berpendapat, jodoh itu akan hadir dengan sendirinya apabila sampai suatu ketika nanti. Pendapat seperti ini adalah salah dan perlu diperbetulkan. 

Apakah duit akan datang dengan sendirinya tanpa kita bekerja? Apakah makanan akan masuk ke mulut dengan sendirinya tanpa kita menyuapkannya ke mulut? Semestinya tidak dan begitulah juga keadaannya dengan jodoh. Tiap-tiap perkara di dalam dunia ini akan senantiasa terikat dengan Sunatullah. Semua perkara perlu diusahakan. Barangsiapa yang berusaha kerana Allah, mereka akan peroleh tiap-tiap apa yang mereka usahakan dengan izin-Nya. Janganlah jadi manusia yang pemalas yang hanya berdoa dan menunggu doa dimakbulkan tanpa berusaha. Tidakkah kita merasa malu pada Allah? Berdoa minta itu dan ini sedangkan kita langsung tidak berusaha.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
 “Jika datang kepada kamu seorang laki-laki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”

Apabila datang laki-laki yang sememangnya kita sendiri akui tentang baik agamanya juga akhlaknya melamar maka terimalah kerna itu dikira jodoh. Sekiranya dia tidak melamar maka nyatakanlah hasrat kepadanya melalui tulisan, pertuturan atau seumpamanya. Zaman sekarang wujudnya FB, e-mail, sms dan seumpamanya maka gunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. 

"Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan"

Sekiranya lamaran ditolak maka apakah perlu kita merasa malu? Remaja masa kini yang ber”couple”, berpegangan tangan, sms berkasih sayang dan seumpamanya langsung tiada punyai perasan malu. Masakan kita pula merasa malu apabila kita melakukan apa yang betul. Jika lamaran ditolak maka itu bermakna dia bukanlah jodoh kita. Melakukan solat hajat mohon dipermudahkan bertemu jodoh, berdoa dan lain-lainya juga diantara usaha yang dapat kita lakukan.

Ramai diantara kita yang begitu memilih pasangan hidup. Walaupun memperoleh banyak lamaran akan tetapi tetap setia ingin menunggu kerana merasakan akan hadir Putera atau Puteri impian. 

"Apakah kamu menunggu seorang Raja dari Planet Pluto melamar kamu?" 

Sebaiknya manfaatkanlah penggunaan cermin. Luangkanlah sedikit masa untuk cermin diri sendiri. Apakah kita layak mendapatkan pasangan yang kita idam-idamkan itu? Sekiranya kita yakin yang kita memang layak maka teruskanlah menunggu kerana kemungkinan kita syok sendiri atau seumpamanya. 

"Sentiasalah muhasabah diri. Jadilah lebih baik untuk dapat yang terbaik"


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga)”
 (Maksud ayat 26 Surah An-Nur)

Allahu'alam.


Ditaip oleh Azzhar Addin pada Sabtu, Jun 27, 2015. 

Sebarang persoalan boleh rujuk saya di alamat Facebook ini:[ https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ]

* Mohon disebarkan. Moga setiap yang membaca peroleh manfaat darinya dan setiap yang menyebarkan peroleh manfaat darinya juga. Insya-Allah.


Subhanallah>Alhamdulillah>Allahu Akbar
PERSOALAN MENGENAI CARA MENGETAHUI SIAPA JODOH KITA PERSOALAN MENGENAI CARA MENGETAHUI SIAPA JODOH KITA Reviewed by Ustaz Addin on 6:53:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.