Advertisement

PERSOALAN MENGABUNGKAN PUASA SUNAT 6 SYAWAL & PUASA QADA FARDU RAMADHAN


Bolehkah digabungkan antara puasa sunat 6 Syawal 
bersama dengan puasa qada Fardu Ramadhan?


Jawabnya berlaku perselisihan pendapat di kalangan Ulama mengenai permasalahan ini. Ada pendapat yang menyatakan boleh mengabungkan antara puasa sunat 6 Syawal bersama dengan puasa qada Fardu Ramadhan.


Niatnya lebih kurang begini;

"Sahaja aku puasa qada Fardu Ramadhan dan puasa sunat 6 Syawal, esok hari kerana Allah".

Walhasilnya, permasalahan mengenai mengabungkan puasa 6 Syawal bersama dengan puasa ganti Fardu Ramadhan ini adalah khilaf atau perselisihan Ulama. Tiada masalah untuk mengamalkan pendapat yang mengatakan boleh digabungkan puasa sunat 6 Syawal bersama dengan puasa qada Fardu Ramadhan.


Perkara perselisihan Ulama seperti ini tidak perlu bergaduh. Jika tidak mahu beramal dengan pendapat yang membenarkan digabung kedua puasa ini maka tidak perlu marah pada orang yang beramal dengan pendapat ini. 


Jika mahu melaksanakan puasa sunat 6 Syawal dan puasa qada Fardu Ramadhan dalam hari yang berasingan juga tiada masalah. Pandangan ini ialah dari Ulama Mujtahid maka mana-mana pendapat dari mereka adalah betul. Yang salahnya ialah kita ini yang terlalu taksub dengan sesuatu pendapat sedangkan perkara khilaf ini membawa rahmat pada semua manusia.


Allahu'alam.


Ditaip oleh Azzhar Addin pada Jumaat, Jun 26, 2015. Sebarang persoalan boleh rujuk saya di alamat ini: 



* Mohon disebarkan. Moga setiap yang membaca peroleh manfaat darinya dan setiap yang menyebarkan peroleh manfaat darinya juga. Insya-Allah.


Subahanallah>>Alhamdulillah>>Allahu Akbar


PERSOALAN MENGABUNGKAN PUASA SUNAT 6 SYAWAL & PUASA QADA FARDU RAMADHAN PERSOALAN MENGABUNGKAN PUASA SUNAT 6 SYAWAL & PUASA QADA FARDU RAMADHAN Reviewed by Ustaz Addin on 3:47:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. salam. maaf ustaz nak tanya..dgn ayat ini. sy tak paham.

    Tiada masalah untuk mengamalkan pendapat yang mengatakan boleh digabungkan puasa sunat 6 Syawal bersama dengan puasa qada Fardu Ramadhan.

    kalau apa yg saya paham, boleh jugak ke buat gini? :!!

    ReplyDelete
  2. Jawabnya ya. Ada pendapat dikalangan Ulama yang membenarkan untuk digabungkan puasa sunat 6 Syawal bersama puasa qada Fardu Ramadhan. Tetapi ada juga pendapat yang menyatakan kedua-dua puasa ini adalah berlainan maka perlu dilakukan secara berasingan. Kedua-duanya betul dan boleh beramal dengan mana-mana pendapat. Yang salahnya ialah langsung tidak berpuasa. Allahu'alam.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terima kasih ustaz azzhar :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.