Advertisement

Niat Atau Nazar?

Assalam,

Soalan;

saye comfuse sebentar..sebab aritu waktu saye pregnant,saye ade cakap dlm hati..kalau saye dpt anak laki..saye nak buat cukur jambul..dlm masa yg same saye ade suarakan pada suami.."nanti kalau kita dpt boy, kita buat cukur jambul ok"..so tu dikira niat ke nazar?

Jawapan;

Jawabnya niat tempat lahirnya di dalam hati. Niat bukanlah nazar kerana keduanya adalah perkara yang berbeza. Nazar pula perlu pada berlafaz akan tetapi bukan semua lafaz adalah nazar. Tempat lahirnya lafaz adalah di mulut. Berdasarkan situasi yang dinyatakan, perbuatan tersebut dikira niat dan bukanlah nazar. Maka tiadalah wajib dilaksanakan cuma niat yang baik sunat dilaksanakan. Allahu'alam. - Azzhar Addin

Rujukan: Ustaz Azzhar Addin

Jika ada sebarang soalan, boleh tinggalkan dibahagian komen. ;) Syukran!

Wassalam,
SahabatMusleem
Niat Atau Nazar? Niat Atau Nazar? Reviewed by Julia Tarmidi on 6:20:00 PM Rating: 5

10 comments:

  1. Assalam, boleh bagi contoh lafaz nazar? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawabnya diantara contoh nazar ialah "aku wajibkan ke atas diriku' atau 'aku bernazar". Allahu'alam.

      Delete
    2. so kalau takde sebut perkataan "bernazar atau nazar" tu tidak dikira bernazar la kan? dikira niat jela. tima kasih ustaz :)

      Delete
    3. Jawabnya sekiranya ada niat untuk bernazar ketika melafazkannya maka dikira nazar. Allahu'alam.

      Delete
  2. kalau bernazar, pastu tak buat sebab lupa, apa hukum dia? 2):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawabnya apabila bernazar dan apa yang diminta itu dimakbulkan maka wajib melaksanakan nazar. Alasan lupa tidak akan lepaskan seseorang itu daripada tangunggjawab melaksanakan nazar tersebut. Allahu'alam.

      Delete
    2. ^#(^ terima kasih ustaz!

      Delete
  3. kalau sy ckp mcmni,

    kalau aku lulus cemerlang dalam exam ni, aku nk sedekah kt tabung masjid RM100. ini dikira nazar atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawabnya kalau dalam hatinya ketika melafazkan itu ada niat untuk bernazar maka dikira nazar. Allahu'alam.

      Delete

Powered by Blogger.