Advertisement

Hukum Bulu Kucing Yang Tertanggal

Assalam,

Banyak yang kita dengar, ada yang mengatakan hukum bulu kucing yang tertanggal adalah najis kerana kucing adalah tergolong daripada haiwan yang haram dimakan. Jadi disini saya rasa ramai yang nak tahu jawapan kepada soalan hukum bulu kucing ni. Jadi saya ringkaskan sedikit dari petikan Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-Fatwa).

Soalan,

Adakah bulu kucing yang tertanggal adalah najis? Dan adakah tidak sah solat jika terdapat bulu kucing pada anggota badan ketika bersolat?

Jawapan,

Menurut ulama dari mazhab Syafie, bulu yang tercabut dari binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu tercabut itu adalah najis.

Namun, bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan kebarangkalian bulunya berada merata tempat dan sukar dikawal. Oleh itu jika dibadan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan itu adalah sah.

Petikan dari: Utusan Malaysia, 5 Ogos 2014


Wassalam,
SahabatMusleem
Hukum Bulu Kucing Yang Tertanggal Hukum Bulu Kucing Yang Tertanggal Reviewed by Julia Tarmidi on 10:22:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.