Advertisement

Gempa di Gunung Kinabalu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Gempa di Gunung Kinabalu.

Jarang sekali kita dengar berlaku gempa di Gunung Kinabalu, Sabah. Gunung yang tertinggi di Malaysia. Setinggi 4,095m, alhamdulillah saya sendiri telah berjaya tawan pada tahun lepas.

Tetapi baru-baru ini, Gunung Kinabalu telah berlaku gegaran gempa bumi setinggi 5.6 skala richter pada 5 Jun 2015 (Jumaat) sekitar jam 7.15pagi itu.

Salam takziah diucapkan pada yang telah tiada akibat gempa dan alhamdulillah syukur pada yang masih selamat dari bencana yang berlaku. Terima kasih pada semua penyelamat, termasuk malim gunung dan pihak berkuasa.

Pada pendapat saya, berlakunya gempa di Gunung Kinabalu ini adalah satu peringatan pada kita dari-Nya. Supaya kita sentiasa ingat pada pencipta walau dimana sahaja kita berada. Dari pengalaman saya, apa yang saya lihat, kini ramai pendaki kita, terutama yang berugama islam tidak menunaikan yang wajib dan lebih pentingkan masa untuk menawan puncak dari melakukan solat. Solat itu wajib, tak kira dimana jua kita berada. Jadi, apa yang berlaku ini adalah sebagai satu peringatan. Kita mesti sentiasa ingat, apa saja yang ada didunia ini, segalanya adalah milik Allah SWT.

Semoga, apa yang berlaku menjadi pengajaran dan peringatan pada kita semua yang sering lupa termasuk diri saya sendiri. Wallahualam.

SahabatMusleem
Gempa di Gunung Kinabalu Gempa di Gunung Kinabalu Reviewed by Julia Tarmidi on 4:50:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.