Advertisement

Derma Darah Dalam Bulan Puasa

Assalam,

Soalan;

assalamualaikum,
ustd saya mau bertanya jika dalam keadaan berpuasa seorang melakukan uji laboratorium dengan mengeluarkan setetes darah dari jarinya sedang dia harus memeriksakan perihal penyakitnya apakah beliau batal puasanya atau hanya sekedar makruh,? jazakallahu khairan katsiron sebelumnya..

Jawapan;

Jawabnya mengeluarkan darah tidak akan membatalkan puasa seseorang. Cuma beberapa Ulama berpendapat makruh perbuatan menderma darah ketika dalam bulan puasa kerana ia akan melemahkan tubuh badan seseorang. Adapun dalam perkara darurat ia dikecualikan. Contohnya menderma darah untuk menyelamatkan nyawa seseorang atau sebagainya. Apakah yang dimaksudkan dengan makruh? Makruh ialah perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak diseksa kerana mengerjakannya. Allahu'alam.

Rujukan: Ustaz Azzhar Addin

Semoga jelas, dan jika ada apa-apa pertanyaan sila tinggalkan soalan dibahagian komen. Terima kasih :)

Wassalam,
SahabatMusleem
Derma Darah Dalam Bulan Puasa Derma Darah Dalam Bulan Puasa Reviewed by Julia Tarmidi on 6:13:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.