سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن

I am Musleem

Semua paparan atau tulisan didalam blog ini kebanyakannya diambil dari pelbagai sumber untuk koleksi bacaan dan tatapan kita bersama sebagai hamba Allah SWT.. وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمو "..dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah تعالى )." (QS. Luqman: 17)" عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم عن نبي صلي الله عليه وسلم قال لا يؤمن احدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه Maksudnya, drp abu hamzah anas ibn malik r.a khadam Rasulullah SAW bersabda: Seseorang kamu masih belum benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri إذا أحب أحدكم أخاه فليخبره. Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mengasihi saudaranya, maka dia hendaklah memberitahu saudaranya itu.”

HUKUM CARA NASIHAT ORANG


Soalan :   Jika kita menegur orang lain tapi kita sendiri yang memulakan sesuatu perkara sehingga seseorang yang ikut apa yg kita lakukan.. seperti.. dahulu saya seorang yang suka memukul.. tapi sekarang saya dah tidak memukul.. tapi rakan saya telah mengikut kebiasaan saya iaitu suka menegur.. persoalannya sekarang.. bila saya tegur rakan saya.. apa cara yang perlu saya lakukan untuk menegurnya???..

02/11/2010 11:57 pm


Jawapan :   Maka jawabnya menegur atau menasihati seseorang kepada kebaikan dituntut dalam Islam. Agama menurut kata Nabi Muhammad SAW adalah nasihat. Orang yang memberi nasihat itu bertujuan memberi kebaikan kepada orang yang dinasihatinya sepertimana orang yang berkehendak untuk kebaikan kainnya dengan jalan menjahitnya bila telah koyak. Orang yang memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang sudah dipilih dan diperhalusi serta ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik sepertimana orang yang menapis manisan.



Menegur atau menasihati seseorang itu bermakna kita sedang menasihati atau menegur diri kita sendiri. Seumpama bola yang dibaling ke dinding. Semakin kuat bola itu dibaling ke dinding maka semakin kuatlah lantunan bola itu mengenai kita semula. Begitulah juga dengan menegur orang, semakin kuat kita menegur atau menasihati orang lain maka semakin kuatlah teguran atau nasihat itu mengenai pada diri kita sendiri.



Langkah pertama ialah menunjukkan sikap seorang Muslim yang baik apabila berhadapan dengan kawan-kawan atau sesiapa pun. Inilah sebenarnya daya penarik untuk orang lain menghormati kita dan seterusnya menghormati setiap kata-kata kita. Masyarakat akan mudah tertarik kepada kita jika kita dapat menterjemahkan Islam yg murni ini dalam setiap aspek kehidupan kita seperti benar, jujur, tidak pemarah, tidak hasad dengki, kasih sayang sesama makhluk dan seumpamanya.



Taat perintah agama seperti solat pada waktunya dan suka menolong juga diantara daya tarikan untuk orang lain tertarik untuk mendengar nasihat kita. Insya-Allah dengan langkah pertama ini, susuli langkah seterusnya iaitu menasihati mereka. Kuatkan diri untuk menegur mereka. Anggaplah setiap teguran bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Dalam masa yang sama kita dapat muhasabah diri kita supaya kita sedar siapa kita atas dunia ni. Janganlah kita rasa diri kita ni alim sangat walaupun kita ni lulusan Mesir sekalipun. Alim tinggi mana pun kita tetapi orang tidak boleh menumpang dengan ilmu yang kita ada maka rugilah. Tidak perlulah sibuk nak ajak berdebat lebih-lebih lagi dalam hal khilaf ulama', nak tunjuk sangat pada orang ilmu yang dia ada padahal tidak sedar semua ilmu-ilmu itu milik Allah. Sampai suatu masa Allah boleh tarik semula semua ilmu-ilmu tu. 



Nasihat sebaik-baiknya dilakukan dengan cara sembunyi. Sekiranya dilakukan di depan orang ramai maka nasihat yang seperti itu bukanlah lagi merupakan nasihat tetapi suatu penghinaan yang terang-terangan. Insya-Allah,mudah-mudahan dimudahkan Allah segala urusan.



Allahua'lam. Ditaip oleh Azzhar Addin



## Sebar2kan pada saudara2 kita yg lain, kalau tak nak sebar pun cukuplah dibaca setiap apa yg ana sebarkan. Moga Allah kurniakan kefahaman agama pada kita semua insya-Allah.



1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Komen Update

Widget

Baca al-Quran online diSINI

سلام ا خوه ﻓﻴلله

Segalanya Online

8tv Ntv7 RTM TV3 TV9

Berita Harian Detik Daily Harakah Daily Harian Metro MyKKK NST Pahang Daily Keadilan Online Kampus Negara TKO Daily Malaysia Kini Utusan Online

Habib Ali Bouti Darussyifa` Online Harun Yahya Ifta Habib Omar PUM pmram.org umi-pmram bkmip65 kpipm64 permaya perubatan

Iklan