Advertisement

HUKUM BUKA HELAIAN AL-QURAN GUNA AIR LIUR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kebiasaanya ada dikalangan daripada kita yang membasahkan jari dengan air liur. Jari yang terlekat dengan air liur itu kemudiannya digunakan untuk membuka helaian al-Quran dengan tujuan untuk memudahkan setiap helaian al-Quran dibuka. 


Maka jawabnya ada ulama' yang berpendapat meletakkan najis mahupun sesuatu benda yang kotor pada pandangan manusia kepada al-Quran dengan sengaja hukumnya adalah haram. Maka perbuatan membuka helaian al-Quran dengan menggunakan jari yang terlekat dengan air liur seperti apa yang telah dinyatakan di atas , ada ulama' yang mengatakan ianya adalah haram. Jika kita pernah melakukan perkara seperti ini maka tiadalah jalan lain melainkan bertaubat kepada Allah Ta'ala dan berazamlah tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. 



Air liur bukanlah termasuk dalam kategori najis tetapi ia dianggap kotor pada pandangan manusia. Diantara contoh lain ialah hingus. Hingus juga bukan najis tetapi ia dianggap kotor dan tidak disukai pada pandangan manusia. Benda2 yang kotor seperti ini tiada layak diletakkan pada al-Quran. Benda yang kotor tidak semestinya najis tetapi semua benda yang najis itu semestinya kotor.  



Sesiapa yang inginkan penjelasan yang lebih jelas sila teliti keseluruhan tiap-tiap kandungan video2 ini. 
http://www.youtube.com/watch?v=gsjrln_zi40&feature=youtu.be ], 
http://www.youtube.com/watch?v=q_Gc0lMpddw ], 
http://www.youtube.com/watch?v=e8A30V6VJJQ ]
  

Allahu’alam – Ditaip oleh Azzhar Addin 

https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn ] 


*Mohon sampaikan kepada orang lain dengan copy and paste di blog atau share/tag di FB atau seumpamanya. Jika terlalu sukar maka sampaikanlah kepada orang lain secara lisan. Jika ini pun terlalu berat untuk dilaksanakan maka amalkanlah ilmu ini untuk diri sendiri. Insya-Allah semuanya ada ganjaran di sisi Allah Ta'ala. 



HUKUM BUKA HELAIAN AL-QURAN GUNA AIR LIUR  HUKUM BUKA HELAIAN AL-QURAN GUNA AIR LIUR Reviewed by Azzhar Addin on 5:44:00 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.