Advertisement

Ribut Solar?

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Sape kat sini tau pasal ribut solar? Kepada yang masih tak tau..... Matahari kita pun ada fenomena yang tersendiri.... Oleh kerana matahari nie adalah sebiji bebola gas yang sangat besar dan tumpat.... Pastinya ada jugak la kejadian tindak balas kimia dan kitaran semulajadi yang berlaku kat dalam matahari tu.... Matahari nie bukannya mentol besar atau lampu pendaflour yang macam kat umah korang tu.....

Imej dari NASA (baru-baru ini)
Apa-apa kejadian yang berlaku kat alam semesta nie...akan ada effect nyer dekat bumi.... Contohnya... kalau ada meteor besar melintas dekat dengan bumi.... akan ada kesannya dekat bumi.... Tarikan graviti meteor tu akan menyebabkan perubahan air pasang surut lautan dunia.... Korang tau kan.... air pasang surut kat bumi sekarang nie hanya akan berlaku kerana adanya bulan dan matahari?

Jadi.... kesannya lebih kurang sama dengan ribut solar nie... Ribut solar akan berlaku dijangka pada tahun 2012 atau awal tahun 2013.... Ia berlaku setiap kitaran 11 tahun.... Ribut solar nie akan melepaskan sinaran yang akan mengganggu elektromagnet bumi.... Nak tau kesan buruk dier?

Kesan buruknyer ialah... kemungkinan segala teknologi yang berunsurkan elektromagnet atau gelombang seperti hanset, satelit, dan lain-lain tak boleh nak guna dah.... Semuanya jadi hopeless... Segala radio komunikasi tak boleh digunakan dah termasuk GPS.... Tau kan apa impaknya.... Semua kemudahan kita sekarang nie bergantung harap kat teknologi nie.... Bila dah jadi macam nie... cuba bayangkan....

Sebelum nie memang berlaku ribut solar setiap 11 tahun... Tapi ributnya tak berapa kuat.... dijangka ribut solar yang akan melanda 2012 adalah yang terburuk kerana ada kaitan dengan kejadian semulajadi alam semesta...mungkin sebab penjajaran planet pada tahun yang sama.... 

Yang peliknya... ritual Zionis pun setiap 11 tahun.... Tahun kiraan kaum Mayan pun mengikut kitaran 11 tahun.... Apa kaitannya? He he... Sila baca pasal sejarah Mayan dan kaitannya dengan kitaran Matahari... Sememangnya sejarah Paleolitik, Neolitik dan Mesolitik tu bagi aku amat la mengarut dan tak boleh pakai... Manusia dari dulu lagi sudah bertamadun! Cuma cara mengadaptasi cara hidup je berbeza.... Ops.... lari tajuk sudaa....he he he...

P/S: Macam mana bila takleh guna teknologi ek... Agak-agak huru-hara tak manusia sekarang? :)

P/S: SEGALA ARTIKEL YANG ADA DALAM BLOG INI, DIBENARKAN UNTUK COPY/PASTE ATAU DISEBARKAN. TIDAK PERLU MINTA IZIN UNTUK TUJUAN KEBAIKAN. SEMUANYA KITA KONGSI BERSAMA. JAZAKALLAH~
Ribut Solar? Ribut Solar? Reviewed by Julia Tarmidi on 1:44:00 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.