Advertisement

Waktu Melakukan Solat Terawih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Waktu Melakukan Solat Terawih.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

P/S: Selepas masuk waktu subuh bole tak? Sebab ade jugak sahabat yang masih melakukan solat tarawih lepas waktu subuh. hm~ Setahu saya utk sebelum ni, kalau nak sambung buat solat tarawih, sebelum subuh je bole. Kalau selepas masuk waktu subuh, dah tak bole.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:

صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.

Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Kalau ade penjelasan saya [dibahagian P/S:] yg tak betul, sape yang arif, tentang ini, bolelah betulkan dan berikan sedikit penjelasan diruangan komen. :) Terima kasih.

Wassalam,
SahabatMusleem
Waktu Melakukan Solat Terawih Waktu Melakukan Solat Terawih Reviewed by Julia Tarmidi on 9:16:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.