Advertisement

Pelayar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين



Kita ni hidup umpama, pelayar yang melayari suatu perjalanan laut yang amat jauh untuk menuju ke suatu tempat yang diimpikan oleh semua pelayar. Di dalam perjalanan, sudah tentu ada rintangan dan halangannya. Ada yang berjaya lepas daripadanya dan ada juga yang tidak. Tunggu pertolongan dari pelayar lain atau dari diri kita sendiri (persiapan kelengkapan sebelum perjalanan atau atas pertolongan Allah), barulah terlepas dari rintangan dan halangan tersebut. Tetapi, ada juga yang terus hanyut, hanyut dan terus hanyut. Lemas dan akhirnya, tidak tercapai matlamat yang sebenar. Bagi yang telah berjaya, alhamdulillah. Kamu sungguh hebat!

Allah. Aku baru sahaja hanyut ya Allah. Aku tidak berjaya mengharunginya. Tetapi, terima kasih ya Allah, kerana masih lagi aku diberikan peluang untuk teruskan perjalananku yang masih jauh. Yang masih belum tentu aku tahu rintangan/halangan yang mendatang untuk ku. Yang belum aku tahu, samada aku sampai ke tempat yang mulia disisi-Mu. Bantulah aku ya Allah. Bantulah aku~

Wassalam,
SahabatMusleem
Pelayar Pelayar Reviewed by Julia Tarmidi on 11:28:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.