Mandi Wajib sebelum atau selepas Subuh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Mandi Wajib sebelum atau selepas Subuh?

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, dah 15 Ramadhan 1432H dah harini. Semoga hari ini kita semua berada dalam keadaan sihat, dan semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat Allah SWT, ameen.

Weekend lepas ada dengar satu soal jawab ugama di TV9 kalo xsilap. Ade yang musykil, tanyakan pasal mandi wajib pada pagi hari, waktu subuh tu utk berpuasa. Sebelum ni, ada juga yang paham, kalo nak puasa hari ni. Bagi perempuan yang berhadas besar (haid) atau sesiapa saje yang berhadas besar tu, MESTI mandi wajib sebelum waktu subuh. Kalau lepas azan, dah xbole mandi wajib. Betul ke? Ada pulak yang paham, lepas subuh atau tengahari, petang pun bole mandi. Bole puasa, puasa tak batal.

Sebenarnya, lepas azan waktu subuh pun kita bole mandi wajib untuk berpuasa. Tapi bagi kes yang nk mandi lepas habis waktu subuh tu, tak bolehlah. Sebab apa, ustaz dalam soal jawab ugama tu pun ade bagitau, memang puasa tidak batal, kalo mandi lepas habis waktu subuh, tapi soalnya solat subuh. Bagaimana dengan solat subuh kita tadi? Tak solat ke? Kalo berpuasa, tapi tak solat, xguna juga. Jadi, mandi wajiblah anda sebelum habis waktu subuh, sebab kita wajib tunaikan solat subuh :)

Kalau yang nak mandi wajib sebelum subuh tu lagi bagus! Tapi sejuk gile kot! hee~ :D

Allahua`lam

Wassalam,
SahabatMusleem
Share on Google Plus

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen Anda:

Post a Comment

Komen Terbaru