سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن

Sahabat² Musleem

Semua paparan atau tulisan didalam blog ini kebanyakannya diambil dari pelbagai sumber untuk koleksi bacaan dan tatapan kita bersama sebagai hamba Allah SWT.. وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمو "..dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah تعالى )." (QS. Luqman: 17)" عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم عن نبي صلي الله عليه وسلم قال لا يؤمن احدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه Maksudnya, drp abu hamzah anas ibn malik r.a khadam Rasulullah SAW bersabda: Seseorang kamu masih belum benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri إذا أحب أحدكم أخاه فليخبره. Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mengasihi saudaranya, maka dia hendaklah memberitahu saudaranya itu.”

Doa Pelindung Diri & Keluarga dari Kejahatan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

DIPUKUL DAN DIPERKOSA..ADAKAH ANDA KESEORANGAN TANPA PERTOLONGANNYA. MULAKAN BERDOA DIJAUHKAN DARI PERKARA YANG TAK DINGINI BERLAKU PADA ANDA DAN AHLI KELUARGA.

SURAH AN-NISSA'

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيّاً وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيراً

Maksudnya: Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

SURAH AL-A'RAF

"Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah".

وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاء أَصْحَابِ النَّارِ قَالُواْ رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

Kredit; http://www.resepirahsiaku.com

Kalau korang tak hafal semua ayat ni, bacalah ayatul Qursi atau surah An-Nas sebagai ayat pelindung. Tak pun, berdu'a je sungguh² mohon lindung dengan Allah SWT. Percayalah, Allah SWT sentiasa ada bersama walau dimana pun anda berada!

Wassalam,
SahabatMusleem

0 Komen Anda::

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Komen Update

Widget

Baca al-Quran online diSINI

سلام ا خوه ﻓﻴلله

Segalanya Online

8tv Ntv7 RTM TV3 TV9

Berita Harian Detik Daily Harakah Daily Harian Metro MyKKK NST Pahang Daily Keadilan Online Kampus Negara TKO Daily Malaysia Kini Utusan Online

Habib Ali Bouti Darussyifa` Online Harun Yahya Ifta Habib Omar PUM pmram.org umi-pmram bkmip65 kpipm64 permaya perubatan

Iklan