Advertisement

Salam Ramadhan~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Salam Ramadhan pada semua. Dah lama xjenguk blog. Ya Allah, entahla ape nak jadi. huhu~ Apa khabar sahabat semua diluar sana? Moga kita sentiasa berada dibawah rahmat dan berkat Allah SWT, ameen~

Tengahari ni takde apa yang saya nak postkan. Hanya sekadar kata² hikmah buat sahabat baik yang saya sayangi dan juga sahabat² muslim diluar sana. Semoga ada manfaat, Insya`Allah~


Wahai Sahabatku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. DemiTuhanku yang diriku dibawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalampengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan dirikepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuhkasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat,sebagai seorang saudaraseagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagidiriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan dipengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cintaitu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapatmenyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidakmengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allahitu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memangsepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menujucinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta dihatiyang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapatmelihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kitacuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa danselalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah.Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukanmatlamat dan pengakhiran destinasi cinta.Maka engkau akan lebih tenangmenerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hatikita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hatitatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwatatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyatahati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkalacinta itu lahir terhadap seseorang,tetapi kita keterlaluan tatkala kitamemaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha denganketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hatiorang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkalakita tidak dapatmenerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban harikita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalassegala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiaphembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. BukankahAllah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidakmembalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allahmenjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akanjanjiAllah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilahsetiap incikehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yangberoleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripadaengkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripadaapa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi iaburuk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangankehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu?Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakahengkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apayang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripadamenjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguhcinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebihbaikatau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali keranakuasacinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta.Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkahengkau melihat TajMahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pulayang membunuh keranacinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau inginberubah kerana cinta kearah Redha Allah atau mungkin lebih jauhdaripada Allah?

Wahai sahabatku,

Akutidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segalakekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkautidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Akuingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian.Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepadapengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamudidalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawaengkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Akujuga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesankepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengandalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atassegala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kaudoakanlahkebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukanAllahuntuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah...

Wassalam,
SahabatMusleem
Salam Ramadhan~ Salam Ramadhan~ Reviewed by Julia Tarmidi on 1:19:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Salam..apa khabar?
    Salam ramadhan al-mubaraq. Tahniah
    masih memperjuangkan dakwah islamiah..hingga kini.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan buat tuan rumah.. lama tak singgah sini..(^__^)

    ReplyDelete
  3. Ramadhan Kareem!
    Moga thabat dalam da'wah!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.