Advertisement

Akikah [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah syukur saya pada Allah SWT, kerana masih lagi diberikan kesempatan pada saya dan sahabat semua untuk teruskan kehidupan seperti biasa hingga hari ini, Isnin 12 July 2010.

Dah lama rasanya xupdate blog. Alhamdulillah, baru² ini saya ada terima lagi satu artikel dari sahabat menerusi emel untuk dikongsikan bersama. Moga ada sedikit manfaat, Insya`Allah~

Sebelum terus ke artikel, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua sahabat kerana hingga kini ada yang masih lagi tidak jemu² untuk ziarah blog saya. Walaupun blog saya jarang diupdate. Jarang kerana tidak mempunyai masa dan juga kadang² saya kekurangan artikel untuk dikongsi pada semua. Terima kasih. Moga artikel yang lepas² juga dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat pada semua, Insya`Allah.

Hm, tanpa buang masa. Jom kita ke artikel seterusnya iaitu hal mengenai `Akikah`. Semoga bermanfaat, Insya`Allah..

AKIKAH

1) Apakah yang dimaksudkan dengan akikah?

Maka jawabnya maksud akikah ialah menyembelih binatang korban dengan sebab kurnian anak melalui kelahiran. Ulama’ membuat pelbagai takrif mengenai akikah ini tapi inilah sebahagian daripada takrif akikah.

Yang dimaksudkan akikah bukan anak itu tapi sembelih binatang itu. Binatang korban ialah binatang yang sah dijadikan korban iaitu kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Tujuan akikah ialah menunjukkan tanda rasa bersyukur kita kepada Allah kerana anak ini lebih bernilai dari harta benda.

Kelebihan akikah ialah anak itu, katanya setengah ulama’, tergadailah kebajikannya itu maksudnya dia berada dalam keadaan tenang atau lega tidaklah dalam keadaan terhutang-hutang.

2) Apakah hukum melaksanakan akikah?

Maka jawabnya hukum akikah adalah sunat bukannya wajib.

Wallahu’alam.

*** ILMU2 YG DISEBARKAN BERDASARKAN PENDAPAT DALAM MAZHAB SYAFI’E

Sumber: Al-Azhar Ad-Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Akikah [Info] Akikah [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 8:24:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.