Advertisement

Perbezaan diantara nazar dan niat? [info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Click Me~ Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT, kerana masih diberikan kesempatan pada kita semua untuk teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Jumaat, 14 May 201o bersamaan dengan 1 Jamadil Akhir 1431H.

Hm, dah lama rasanya tak update blog. Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk update. Hari ni juga ada satu artikel, artikel mengenai nazar dan niat. Apa bezanya? Jom kita tinjau², moga ada manfaatnya. Insya`Allah.

Apakah perbezaan diantara nazar dan niat?

Maka jawabnya cukuplah ana jelaskan sedikit mengenai nazar dan niat ini sekadar untuk pengetahuan bersama. Nazar ialah mesti lafaz secara lisan yakni di mulut dan niat pula tempatnya ialah di dalam hati.

Contoh niat umpamanya Ahmad berniat untuk mendermakan sebanyak RM50 ke dalam tabung masjid. Sekiranya Ahmad tidak tunaikan apa yang diniatkan itu maka Ahmad tidaklah berdosa dan tidak pula wajib Ahmad tunaikan apa yang dia niatkan itu, sekadar sunat ditunaikan.

Jika seseorang itu berniat ingin melakukan sesuatu ibadat atau kebaikan kerana Allah tetapi tidak dilaksanakan apa yang diniatkan itu kerana sesuatu masalah atau sebagainya maka insyaAllah dia dapat 1 pahala untuk niat baiknya itu, sekiranya dia melaksanakan niat baik itu maka ditambah pula pahalanya.

Tetapi apabila dia berlafaz di mulut umpamanya dia berkata ”kalau aku dapat kerja kat petronas maka aku berNAZAR untuk masukkan dalam tabung masjid RM100” atau ”jika aku dapat kerja kat petronas maka MENJADI WAJIB KE ATASKU untuk bagi makan 3 orang miskin” maka apabila dia melafazkan sepertimana di atas atau seumpama dengannya maka menjadi wajib dia tunaikan. 2 lafaz di atas ini adalah diantara contoh lafaz nazar.

Allahu’alam. - Azzhar Addin

Sumber:  https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn

Wassalam,
SahabatMusleem
Perbezaan diantara nazar dan niat? [info] Perbezaan diantara nazar dan niat? [info] Reviewed by Julia Tarmidi on 9:24:00 PM Rating: 5

7 comments:

  1. owh....saye comfuse sebentar..sebab aritu waktu saye pregnant,saye ade cakap dlm hati..kalau saye dpt anak laki..saye nak buat cukur jambul..dlm masa yg same saye ade suarakab pada suami.."nanti kalau kita dpt boy,kita buat cukur jambul ok"..so tu dikira niat ke nazar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka jawabnya itu tidak termasuk di dalam nazar. Nazar sememangnya perlu pada berlafaz tetapi bukanlah semua lafaz adalah nazar.

      Maaf kerna terlalu lama membiarkan soalan di sini tidak terjawab. Sekiranya tuan/puan masih keliru mengenai hal nazar ini, tuan/puan boleh send soalan ke profile facebook ini https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn . Insya Allah ana akan cuba membantu

      Allahu'alam. - Azzhar Addin

      Delete
  2. Assalamu'alikum. Semasa saya mendapat anak pertama 32 tahun yg lepas saya ade berniat utk membuat pulut pada setiap harijadinya. Tetapi saya tunaikan niat ini hanya utk beberape tahun saja. Disini saya ingin tahu adakah saya berhutang dengan tidak melaksanakan niat ini sekian lama dan/atau kalau saya terhutang bagaimana saya boleh melunaskannya. Harap ustaz dpt jelaskan kerana perkara ini telah menjadi satu tekanan kepada saya kebelakangan ini. Terima kasih. Wasalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka jawabnya niat tempat lahirnya ialah di dalam hati. Niat bukanlah nazar kerana keduanya adalah perkara yang berbeza. Lafaz pula tempatnya di mulut. Nazar perlu berlafaz akan tetapi bukan semua lafaz adalah nazar.

      Berdasarkan situasi yang dinyatakan, sekiranya tuan/puan hanya berniat maka tiadalah wajib dilaksanakan. Cuma niat yang baik sunat dilaksanakan.

      Maaf kerna terlalu lama membiarkan soalan di sini tidak terjawab. Sekiranya tuan/puan masih keliru mengenai hal nazar ini, tuan/puan boleh send soalan ke profile facebook ini https://www.facebook.com/ustazazzhar?ref=tn_tnmn . Insya Allah ana akan cuba membantu.

      Allahu'alam. - Azzhar Addin

      Delete
  3. Assalamualaikum.. sy ingin brtanya jika sy lafaz 'slagi sy blm di pinang oleh lelaki sy xkn potg rmbut sy ' tu dikira nazar atau skadar lafaz niat je? Mohon dberi pnjelasan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawabnya sekiranya dalam hatinya ada niat untuk bernazar ketika melafazkan perkataan itu maka dikira nazar. Allahu'alam.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.