Advertisement

Hukum Minyak Wangi [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hai selamat pagi Sabtu semua! Tengah buat ape tu? he. Saya percaya masih ramai lagi yang sedang tidur. Nikmatnya tidurkan? hehe

Alhamdulillah, syukur kita pada Allah SWT. Kerana Dia masih lagi berikan kesempatan pada kita semua untuk teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Sabtu 15 May 2010 bersamaan dengan 1 Jamadil Akhir 1431H.

Seperti biaselah, jika saya update blog. Pasti ada artikel yang ingin saya kongsikan bersama. Insya`Allah artikel ni saya dapat dari seorang sahabat untuk disebarkan kepada sahabat² yang lain. Moga ilmu yang ingin saya kongsikan ni, memberikan sedikit sebanyak manfaat pada kita semua. Jom kita tinjau, apakah ilmu yang ingin saya kongsikan ni. Jom². he~

Apakah hukum memakai minyak wangi bagi golongan muslimah ? Adakah tidak dibenarkan kerana boleh membawa fitnah pada laki2 ?

Maka jawabnya minyak wangi ada dua jenis.

Yang pertama minyak wangi yang bau kuat. Minyak wangi seperti ini haram hukumnya dipakai di luar rumah oleh kaum2 muslimah. Jika seseorang muslimah ini lalu di suatu tempat dan dapat pula dihidu oleh orang2 yang berada di situ bau minyak wangi yang dipakainya itu maka haram pakai minyak wangi bau yang kuat seperti ini.

Yang kedua, minyak wangi yang perlahan atau tidak kuat baunya. Kaum2 muslimah hanya boleh pakai minyak wangi yang perlahan baunya, maksud bau yang tidak kuat di sini umpamanya apabila minyak wangi itu disapu di tangannya maka apabila dihidu di tangannya atau tempat yang disapu mintak wangi itu barulah dapat dihidu bau mintak wangi itu maka memakai minyak wangi seperti ini harus hukumnya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, ”Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaiton dan membelakang dalam bentuk syaiton.”

Para wanita menyerupai syaiton karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki. Oleh karena itu, hendaklah para wanita yang bertakwa kepada Allah menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

**Mohon disebarkan pada saudara2 kita yang lain, moga ilmu yang kita sebarkan ini menjadi saham untuk kehidupan kita di akhirat.
***Ditulis oleh AL AZHAR ADDIN

Wallahu’alam. . .

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Hukum Minyak Wangi [Info] Hukum Minyak Wangi [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 7:13:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.