Advertisement

Hukum Air Mani [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan buat kita untuk teruskan kehidupan seperti biasa hingga pagi ini. Click Me~ Pagi Jumaat..Entah bape haribulan harini tak igt. Hm~ Semoga kita sentiasa berada didalam keadaan sihat dan sentiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen.

Pagi ni ada satu artikel, yang saya terima dari Akhi Al-Azhar Ad Din. Dia pesan pada saya supaya sebar²kan ilmu yang telah dia hantarkan pada saya. Dia pesan untuk sebarkan di Friendster. Tapi masalahnya saya jarang on Frienster. Alternatif bagi tu, saya sebarkanlah melalui blog saya ni. Insya`Allah moga ada manfaatnya. Jom kita tinjau² apa kata beliau dalam ilmunya kali ini. Semoga bermanfaat.

Hukum Air Mani

Sahkah solat menggunakan kain atau pakaian yang terkena air mani?

Maka jawabnya sah solatnya tetapi sunat membasuh kain atau pakaian yang terkena air mani itu dahulu sebelum digunakan di dalam solat.

Yang menjadi tidak sah solat ialah apabila menggunakan pakaian yang terkena najis untuk menunaikan solat. Wajib dibasuh dahulu pakaian yang terkena najis itu sekiranya mahu menggunakan pakaian itu untuk menunaikan solat.

Segala yang keluar dari kemaluan depan atau belakang, semua yang keluar itu adalah najis termasuklah air mazi, air wadi, air kencing dan sebagainya. Wajib dibasuh dahulu sebelum dibawa ke dalam solat melainkan air mani kerana air mani bukanlah najis dan inilah pendapat dalam mazhab syafi’e.

Tetapi sesiapa yang keluar air mani dengan sengaja ataupun tidak sengaja maka menjadi wajib ke atasnya untuk mandi mengangkat hadas besar dan tidak sah solatnya selagi tidak mandi mengangkat hadas besar.

**Setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan PENDAPAT dalam MAZHAB SYAFI’E.

***Mohon disebarkan pada saudara2 kita yang lain, mungkin perkara ini ada yang anggap perkara kecil tetapi tak mengapalah, pada yang dah tahu kita cuba ingat semula apa yang kita dah belajar tapi pada yang baru tahu alhamdulillah, mohon disebarkan seramai mana yang kita boleh, insyaAllah ini akan jadi saham kita di akhirat kelak, sesiapa yang ragu2 dengan ilmu yang ana sebarkan maka tunjukkan apa yang ana tulis ini pada guru2 feqah yang berdekatan dengan tempat saudara, insyaAllah.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Hukum Air Mani [Info] Hukum Air Mani [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 6:40:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.