Advertisement

Hutang [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Selamat pagi semua! Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan semoga semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT, ameen~

Pagi ni ade satu artikel pasal hutang. hm, artikel ni saya dapat dari akaun Friendster iaitu message dari Al-Azhar Ad Din. Jom kita tinjau² apa kata beliau akan hutang ni mengikut ilmu yang dibelajarnye. Insya`Allah~

Pesan: ana mahu tanya...

jika ada seseorang nie hutang dengan kita..tetepi kita tidak mahu ungkit tentang hal itu untuk menjaga perasaan dia tetapi dia tidak pernah merasa dirinya begitu terhadap ana..maksud ana...perkara ukan atas kehendak ana sendiri..

Maka jawabnya apabila seseorang itu berhutang dengan kita maka wajiblah dia bayar apabila sampai masa yang dijanjikan untuk dibayar duit yang dihutang itu dan kita pula bersetuju umpamanya Rosmah berjanji untuk bayar duit yang dia pinjam dengan kita tu pada jumaat depan dan kita yang bagi pinjam ni pun setuju maka menjadi wajib ke atas Rosmah untuk bayar duit yang dipinjam dari kita itu pada jumaat depan. Jika peminjam umpamanya Rosmah bayar awal daripada hari yang tersebut maka hukumnya adalah sunat.

Apabila berkaitan dengan orang yang terlupa bayar, maka kitalah yang kena ingatkan dia, tidak boleh nak salahkan dia juga kerna mungkin dia jenis yang pelupa. Jadi ada yang berpendapat tidak baik minta hutang, maka jawabnya boleh minta hutang. Apabila sudah sampai masa yang dijanjikan untuk dibayar duit itu tetapi peminjam masih juga tidak datang untuk membayar hutang maka kita sebagai pemberi pinjam boleh pergi minta duit yang dipinjam itu dengannya, tiada salah pun kerna duit yang dipinjam itu hak kita, bukan hak orang lain. Kita yang tukang bagi pinjam ni pun sebaiknya kena fahamlah juga keadaan peminjam, kemungkinan ada masalah kewangan atau seumpamanya, bagilah masa beberapa hari atau sebagainya supaya dia dapat bayar duit itu. Jika peminjam sentiasa menangguhkan bayaran hutang sehinggalah menyusahkan pemberi pinjam maka hukumnya tidak sunyi dari haram.

Jika peminjam tidak bayar duit yang dipinjam sehinggalah dia mati maka boleh ambil duit harta pusakanya untuk bayar duit yang dipinjam.Hutang tetap kena bayar. Kerana itu, jika berlaku kematian maka sunat waris membuat pengumuman umpamanya ketika sebelum solat jenazah atau selepas solat jenazah, contohnya ”jika si mati ada berhutang dengan sesiapa maka bolehlah menuntut hutang dengan waris si mati”.

Tetapi kalau kita ni jenis yang tidak suka ungkit, nak suruh dia bayar balik duit yang dia hutang dengan kita tu nanti kan dia terasa hati pulak umpamanya dalam situasi ukhti ini maka apa yang susah? halalkan sahaja duit yang dipinjam itu, bagitahu pada dia yang duit yang dipinjam tu halal, tak perlu bayar lah, lain kali kalau nak pinjam lagi bagitahulah ye. Begitulah jawabnya.

Sebaiknya jauhi daripada amalan berhutang ini, jika kita berjinak2 dengan berhutang maka semakin hari semakin suka berhutang sehingga sampai suatu masa menjadi masalah pula untuk kita selesaikan semua hutang2 itu apatah lagi bila berkaitan dengan manusia.Jika kita tidak selesaikan semua hutang2 di dunia ini maka menjadi susah pula keadaan kita di akhirat kelak.

Wallahu'alam.-AL AZHAR ADDIN
***Setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan mazhab syafi'e.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

eh eh, jap . Jika cara saya. Nak balik duit yang telah diberi pinjam tu [nak mintak segan kan?]. Jadi saya berdua` dalam hati, berbunyi begini; `Ya Allah, jika ianya rezeki ku. Engkau gerakkanlah hatinya untuk membayar hutangku kembali, ameen` Insya`Allah akan dapat balik, jika ada rezeki kita. Kalau tidak dipulangkan nak buat macamane, mungkin bukan rezeki. Halalkan jelah ye. he~ Allahua`lam

Wassalam,
SahabatMusleem
Hutang [Info] Hutang [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 9:59:00 AM Rating: 5

2 comments:

  1. bila kita dah halalkan hutang yg kite beri pada org tak elok dituntut balik... tp kdg2 rase nak tuntut gak sbb kadang2 kesempitan xde sape yg membantu..

    ReplyDelete
  2. tu lah. mula-mula kita halalkan. pastu, rasa mcm nk mntak je blk sbb xde duit..huhu~ mcmne tu? tu sbbnya hutang dgn org kena byr..huhu~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.