Advertisement

Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعينSelamat petang semua~

Alhamdulillah, syukur kita pada Allah SWT kerana masih diberikan kesempatan untuk saya dan sahabat semua teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. 9 March 2010 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1431H.

Ish, dah lama sangat rasanya tak update blog. Rindulah~ Alhamdulillah, petang ni saya masih disini. Masih dipangjangkan umur oleh Allah SWT untuk saya teruskan perjalanan saya. Mudah²an saya dan sahabat² semua sentiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen~

Petang ni ada satu artikel yang saya nak kongsi. Seperti biasa, artikel ini diambil dari group Taman² Syurga. Jom kita sama² baca, semoga ada manfaatnya. Insya`Allah~

Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda: 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

~Wahai Allah

Wassalam,
SahabatMusleem
Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat Reviewed by Julia Tarmidi on 7:17:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Astagfirulah terimakasih diingatkan

    ReplyDelete
  2. dulu masa sekolah ustazah selalu ingatkan jgn byk ketawa, jgn ckp2 hal dunia di dalam surau.. tapi skrg ni, lau gi surau2.. gelak ketawa yg kuat2 mesti dgr..kesian org yg tgh solat..

    ReplyDelete
  3. tu la pasal. saya pun byk ketawa. astaghfirullah~ :(

    ReplyDelete

Powered by Blogger.