Advertisement

Hukum PTPTN [Info Update]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

assalamualaikum ..sy seorang pelajar dan bakal menggunakan wang pinjaman PTPTN..sye ingin menyambung pengajian sy dlm bidang usuluddin atau syariah..tapi ape hkumnye sy guna PTPTN??? mcmana dgn pengajian sye??? sye takut x berkat apbla sy bljar agama tp menggunakan unsur2 riba'??? sy keliru..adakah halal atau xperlu sye ambil PTPTN??? sye btol2 tkut kalau ilmu yg sy dpt x berkat..tlong bg penjelasan supya sy x buntu memikrkannye...sgla jwpn dan susah pyah saudara hnya Allah yg layak berikan gnjaran..syukran syadidan...

Maka jawabnya apa yang diketahui dari sistem pinjaman seperti ini memang ada unsur riba yang haram disisi syarak kerana mensyaratkan bayar balik lebih dari pokok yang dipinjam. Sebaiknya ukhti rujuk semula mengenai riba dalam surah al-Baqarah ayat 275,kalau ada tafsir lagi baik, dari sini ukhti sendiri boleh tahu adakah PTPTN ini mempunyai unsur riba atau pun tidak .

Surat al -Baqarah ayat 275 , (boleh check terjemahan semula)
Orang-orang yang makan (mengambil) riba

[174] tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila

[175]. keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah Telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang Telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang Telah
diambilnya dahulu

[176] (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Al
lah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.


[174] Riba itu ada dua macam: nasiah dan fadhl. riba nasiah ialah pembayaran lebih yang disyaratkan oleh orang yang meminjamkan. riba fadhl ialah penukaran suatu barang dengan barang yang sejenis, tetapi lebih banyak jumlahnya Karena orang yang menukarkan mensyaratkan demikian, seperti penukaran emas dengan emas, padi dengan padi, dan sebagainya. riba yang dimaksud dalam ayat Ini riba nasiah yang berlipat ganda yang umum terjadi dalam masyarakat Arab zaman Jahiliyah.

[175] Maksudnya: orang yang mengambil riba tidak tenteram jiwanya seperti orang kemasukan syaitan.

[176] riba yang sudah diambil (dipungut) sebelum turun ayat ini, boleh tidak dikembalikan.


Jadi sebaiknya ukhti usaha mohon pinjaman lain yang tidak ada unsur riba, setahu ana kalau tak salah( cuba check semula ttg pinjaman MARA ini) pinjaman MARA tiada unsur riba, ukhti cubalah mohon pinjaman MARA atau sebagainya.InsyaAllah tiada sia2 usaha itu sebagaimana kisah ashabulkahfi yang berusaha untuk menyelamatkan iman2 mereka, Allah tolong mereka dan tiada mustahil juga bagi Allah untuk tolong ukhti daripada kekusutan ini.

Firman Allah yg bermaksud : "Sesiapa yg takutkan Allah nescaya Allah akan berikan kepadanya jalan kelepasan (dari kekusutan yg dialaminya) dan Allah akan berikan kepada rezeki yg melimpah ruah."

Sebagai penambahan, duit dari sumber yang haram hanya boleh didermakan untuk maslahah orang awam seperti untuk pembinaan jalan, jambatan, tandas dan seumpamanya. Tidak harus didermakan untuk membina masjid atau untuk orang perseorangan. wallahua'lam

**Setiap apa yang ana sebarkan berdasarkan pendapat mazhab syafi'e
***Pada orang2 lain yang hantar soalan yang ana tak jawab lagi, ana minta maaf, ana juga ada aktiviti ana jadi mungkin lambat sikit nak jawab semua soalan2 tu, jadi ana mohon jika soalan itu penting atau orang yang hantar soalan tu perlu jawapan dalam masa terdekat maka tolong bagitahu supaya ana boleh utamakan soalan dia untuk dijawab. Wallahu'alam.-Al Azhar Addin

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Aduhai PTPTN..Click Me~ huh~

Wassalam,
SahabatMusleem
Hukum PTPTN [Info Update] Hukum PTPTN [Info Update] Reviewed by Julia Tarmidi on 4:22:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.