Advertisement

Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans? [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans?

Maka jawabnya tidak kisahlah seluar jeans atau apa2 pun, sekiranya seluar itu ketat sehingga apabila kaum wanita memakainya maka dapat kelihatan bentuk punggungnya sehinggalah bentuk peha dan sebagainya maka hukumnya haram.Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak haram dengan syarat dia mestilah memakai baju yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya itu. Baju yang dipakai itu hendaklah labuh sehingga sama bawah dengan bentuk punggungnya itu atau sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya itu.

Kaum lelaki pula yang memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya hukumnya adalah makruh.Tidak sama aurat lelaki dan wanita.Tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya seperti yang berlaku pada seluar2 lumba basikal yang begitu ketat maka tidak sunyi hukumnya dari haram.

***Sebenarnya sebelum2 ini, hmm..dah terlalu lama dah sebenarnya, ada muslimah yang bertanya ana tentang hukum muslimah memakai seluar, masa tu ana tidak dapat jawab dengan baik kerna masa tu ana tidak berapa jelas lagi dengan masalah ni, maka jawabnya tidak haram muslimah memakai seluar jika dipatuhi syarat2nya.Jika dia atau sesiapalah yang masih keliru maka boleh reply mesej ana ni. Wallahu'alam.

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Wassalam,
SahabatMusleem
Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans? [Info] Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans? [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 3:42:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. salam..
    seluar lumba basikal tu mmg le ketat tp yg menyebabkan menampakkan alat sulit tu sbenarnya dia memakai alat khas perlindung sebagai safety untuk alat sulit tersebut..alat tu mmg tebal untuk melindungi dari cedera..jadi bukan bermaksud dia menampakkan alat sulit ye..

    ReplyDelete
  2. saya pun suka pakai seluar ketat basikal, bukan hasrat nak "mempamerkan" pakej saya ni..... tapi kadang-kadang apabila terangsang, saya sendiri tak dapat cover "benda" tu.......

    ReplyDelete

Powered by Blogger.