Advertisement

Hukum Hudud [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1. Daripada apa yang saya faham, hukum hudud ialah untuk menggantikan hukuman yang akan dikenakan di akhirat nanti apabila seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan di dunia. Adakah benar fahaman saya ini?

Jika seseorang itu melakukan kesalahan yang patut dikenakan hukum hudud, tetapi di negara kita Malaysia, hukum hudud tidak dilaksanakan. Adakah hukuman kepada perbuatannya akan dikenakan di akhirat nanti? Hukuman yang berlipat kali ganda berbanding hukum hudud? Saya ingin minta maaf jika ada tersalah bahasa.

Maka jawabnya jika disebuah negara yang tidak melaksanakan hukum hudud seperti negara kita (Malaysia) ini pesalah yang dijatuhkan dengan hukuman selain hudud tidak lagi akan dikenakan hudud pada akhirat dengan syarat ia telah bertaubat dengan taubat nasuha.

Adapun pesalah yang tidak dikenakan hukum hudud dan tidak pula bertubat maka ia akan dikenakan hukuman sekali lagi di akhirat nanti jika Allah swt tidak memberi keampunan kepadanya. Begitu juga pesalah yang telah kena hudud di dunia tetapi tidak bertaubat. Jadi pesalah tidak bertanggung jawab kenapa tidak kena hudud di dunia. Pemerintahlah yang bertanggung jawab dihadapan Allah swt nanti.

2. Saya mahu jawapan yang jelas mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia kerana kita di sini mempunyai 2 kaum besar iaitu cina dan india. Hukum hudud adakah untuk oarang kafir atau hanya kepada orang Islam sahaja? sebab di Malaysia orang bukan Islam bilangannya banyak juga. Minta penjelasan.

Maka jawabnya melaksanakan hukum hudud adalah wajib kepada orang2 Islam yang tinggal di negeri kepunyaan orang Islam walau pun ramai orang kafir tinggal disitu. Kewajipannya sama sahaja seperti kewajipan melaksanakan ibadah yang lain seperti puasa dan haji.

Adakah kerana ramai orang kafir di negara kita maka jadi tidak wajib melaksanakan ibadah puasa?

Perlu diketahui kewajipan menjalankan hudud bukan bergantung kepada bilangan orang kafir tetapi bergantung kepada negeri itu asalnya milik siapa. Dalam Quran, Allah tidak pun mensyaratkan nak jalan hudud itu kena tengok orang kafir dulu ramai ke tidak. Sesiapa yang kata kena tengok dulu orang kafir ramai ke tidak maka ertinya dia lebih pandai dari Tuhan. na'uzabillah min zaaalik.

3. Apakah status orang2 yang menyokong UMNO/BN atau sekutunya? PAS (Parti Islam Se-Malaysia) mengatakan ahli2 UMNO ini kafir kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah s.w.t seperti hukum hudud yang ingin dilaksanakan dan diperjuangkan oleh parti PAS. Jika betul orang2 UMNO ini jatuh kafir, adakah wajib kepada kita menyembahyangkan jenazah mereka jika berlakunya kematian bagi orang UMNO?

Maka jawabnya hukum tidak mahu melaksanakan hukum2 Allah seperti hukum hudud tidak menyebabkan jadi kafir. Jika alasan yang diberikan tidak munasabah maka jadilah orang yang tidak mahu melaksanakan hudud itu sebagai fasiq dan berdosa besar. Ada pun jika enggan dengan sebab beriktikad bahawa undang2 hudud itu zalim atau tidak elok atau ketinggalan zaman maka barulah jatuh kepada kafir. Wallahu'alam..

**Mohon disebarkan pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tidak faham dan ada jugak yang faham tapi buat2 tak faham dan tidak mustahil ada jugak yang langsung tidak tahu mengenai ini. Sebaiknya jangan memandai-mandai bercakap menggunakan akal sendiri berkaitan dengan hukum hakam Allah kalau kita ni jahil mengenai agama. Ada jugak hamba2 Allah yang mempermainkan hukum Allah tanpa rasa bersalah mungkin disebabkan kejahilan atau mungkin disebabkan duit atau pangkat. Ana nyatakan sekali video2 hamba2 Allah ini serta video penjelasa dari ustaz azhar idrus mengenai org2 yang menghina hukum Allah ini. moga kita kenal diri kita ni siapa dan untuk apa kita dijadikan.

Muhasabah diri dan belajar lagi, jangan sesekali anggap kita ni dahalim.

http://www.youtube.com/watch?v...
http://www.youtube.com/watch?v=s4ea0c6HYOw&feature=related

Sumber: Al-Azhar Ad Din
Hukum Hudud [Info] Hukum Hudud [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 11:09:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.