Advertisement

Perjalanan Hidup

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Click Me~ Selamat petang semua~

Tengah buat ape tu? Sihat ke? Berdua` semoga kita sentiasa sihat dan sentiasa berada dibawah rahmat dan berkat Allah SWT, ameen~

Khamis dah pun hari ni~ Kejap jekan? hm. Hari ni saya cuti. Adahal perlu diselesaikan. Ingatkan, hari ni atau esok dah bole settle. Rupenya belum lagi. Insya`Allah minggu depan settle, ameen~

Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT, kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk kita teruskan kehidupan seperti biasa hingga hari ini. Khamis, 28 January 2010 bersamaan dengan 12 Safar 1431H.

Hm, jap tadi macam biasa p cek emel. Ade satu cerite menarik tentang kehidupan manusia kini~ Kisah kehidupan seorang insan yang berjaya didunia. Tanpa buang masa, jomlah baca kisah kehidupan beliau. Click Me~ Sama² kita renungkan dan moga ada manfaat, Insya`Allah~

Perjalanan Hidup

Hash seorang pemuda, kami bekerja disatu syarikat, cuma dilain department. Hampir dua tahun aku mengenali Nas, sifatnya agak sombong terutama dengan staff lelaki. Memilih untuk berkawan, tidak heranlah ramai yang tidak menyukai pada Hash. Dia lebih suka berkawan dengan bangsa asing. Ada juga staff wanita melayu yang cuba tackle tapi gagal. Dia hanya seorang senior engineer, tapi mampu memakai kereta mewah dan sering bertukar-tukar kereta. Tidak hairanlah kerana bapa Hash yang bergelar tan sri dan punyai syarikat sendiri, cuma Hash tidak mahu bekerja dengan bapanya, yang mahu berdikari.

Hash menjadi perhatian di syarikat, terutama dia kurang mahir berbahasa melayu, walau pun orang melayu, namun dari kecil mendapat didikkan di barat. Jadi tidak hairan segalanya punyai ciri-ciri kebaratan. Telah hampir empat tahun Hash mencari calon isteri, tapi belum temui. Aku sering mengusik Hash, " handsome begini pun belum dapat calon isteri" poor u!. Biasanya bila Hash dapat teman wanita dia akan menunjukkan pada aku yang ada pada hpnya. Hash akan lebih tertarik pada wanita free hair dan punyai rupa paras. Bagi aku semua wanita yang ditunjukan memang cantik. Setiap kali aku menanyakan di mana temui wanita-wanita itu, biasanya melalui teman-teman dan di club.salah satu hobinya clubbing.

Yang terkini Hash menunjukan pada aku pic melalui hp dia bersama seorang wanita dan menanyakan pada aku bagaimana wanita ini. Emmm...cantik, sexy dan bertatoo dilengan, islam ke? dan u kenal kat mana. " yap wanita islam yang i kenal di club. Lantas aku bersuara no wonder laaa.. " why" tanya Nas. Baru kenal berani wanita tu bergambar bersama u seperti ni, persis suami isteri. Nape salah ke jelas Hash... Memang tak salah bergambar begini kiranya dia tu isteri u. Dua minggu lepas kereta Hash dilanggar agak teruk, sambil bergurau aku katakan,,itulah kereta u dah marah kat u sebab u bawa wanita-wanita yang dia tidak suka, Nas hanya tersenyum.

Adakah untuk mencari calon isteri atau suami di "club malam", aku sering mengajak Hash menghadiri kuliah mingguan yang diadakan disyarikat kami, namun berjuta alasan yang diberikan. Bukan hanya Hash sahaja tapi ketua-ketua department tiada seorang pun yang menghadirkan diri. Memanglah cukup baik kerana pehak atasan telah meluluskan kuliah agama dijalankan disyarikat ini, Cuma tiada sambutan dari mereka. Namun aku masih berusaha memberi motivasi bab-bab agama yang aku mampu. Aku pun tidak salahkan Hash sebab dari kecil menerima pendidikan dari keluarga cara barat. Sejak pulang ke- Malaysia Nash tidak tinggal bersama keluarga, beliau tinggal di sebuah kondo yang dibelikan oleh bapanya.

Aku cuma fikirkan bila manusia telah kaya-raya (bukan semua) tidak pentingkan nilai kemurnian dan erti perhubungan yang bersih dan suci. Apa yang diamanah oleh ALLAH, kita pinggirkan, adakah tidak tahu atau pun sengaja tidak mahu ambil tahu. Itulah penting-nya ilmu akhirat dicari,hayati dan amalkan dalam kehidupan harian. Muga hasil penat lelah yang kita kejar dan cari di dunia ini hasilnya dapat di tuai diakhirat kelak. Bagi ibu/bapa yang menanam tanaman dan dibiarkan tanaman membesar sendiri untuk dituai nanti. Mereka sendiri akan dapat hasilnya kualiti dan kuantiti, dan dari hasil ini semua akan dihitung diakhirat. Alangkah ruginya kiranya tiada value nanti.

Yang terpenting di dunia ini, bukanlah di mana kita tinggal, tetapi ke mana kita akan pergi. Hidup di dunia hanya sekali, jadi biarkanlah kita berbuat kebaikan yang boleh kita lakukan dan jangan biarkan kita tunda atau pun memungkiri kerana kita tidak melalui jalan ini lagi.

Wassalam,
SahabatMusleem
Perjalanan Hidup Perjalanan Hidup Reviewed by Julia Tarmidi on 5:50:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.