Advertisement

Nama Allah Di Perjuangkan, Syariat Allah Di Pinggirkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar ni tiada kena-mengena dengan artikel, he~

Eh jap², Click Me~ nak suruh korang baca artikel ni. Cuba tengok tajuknye `Nama Allah Di Perjuangkan, Syariat Allah Di Pinggirkan` memang best. Memang betul ape yang dituliskan oleh Amri el-Wahab ni. hm. Saya memang setuju sangat² dengan tajuk yang dituliskan ni. Hm. So, apa pendapat korang? Setuju ke tak? he~

Tanpa buang masa, jomlah baca~

Nama Allah Di Perjuangkan, Syariat Allah Di Pinggirkan

Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka.Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kafir ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.

Sahabat group sekalian dalam isu kalimah Allah kini, kita merasakan bahawa puak kristian ingin memperdaya kita, mereka mencabar kita seluruh umat Islam di Malaysia dengan membawa kes kalimah Allah ini ke mahkamah kuffur dan menang!

Tetapi sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh kita sendiri dengan menyokong idelogi sekular yang di bawa pemerintah yang ada sekarang.Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut sistem sekular atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan berdemonstrasi menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah.

Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan.

Sila tatap lanjutan tulisan ini di SINI.

Salaam & Regards
Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

Click Me~ Hm, betul². Saya setuju. Jangan lupe baca yang selanjutnye huh. Walaupun saya sendiri belom baca lagi. hoho~ Insya`Allah akan dibaca. End~

Wassalam,
SahabatMusleem
Nama Allah Di Perjuangkan, Syariat Allah Di Pinggirkan Nama Allah Di Perjuangkan, Syariat Allah Di Pinggirkan Reviewed by Julia Tarmidi on 7:12:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. salam kak..saya suka cara penulisan akak..n tajuk nya cukup2 berkesan dihati setiap pembaca..sngt menarik..mungkin sy nk ambil tajuk tu..sj nk letak di blog sy..x pekan kak..hehe..papepun salam persaudaraan dr sy..teruskan perjuangn dngn cara mu...

    :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.