Advertisement

Kata² Hikmah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah, syukur kita pada Allah SWT. Kerana masih lagi diberikan kita kesempatan untuk teruskan kehidupan sehingga hari ini. Jumaat 8 January 2010 bersamaan dengan 22 Muharam 1431H. Salam Jumaat saya ucapkan pada semua, semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga kita sentiasa berada dibawah rahmat dan bimbingan Allah SWT, ameen.

Petang ni, ada beberapa kata hikmah untuk kita ketahui. Semoga ada manfaatnya Insya`Allah. Jom² baca~

(1) من جد وجد ومن زرع حصد
Sesiapa yg berusaha akan berjaya & sesiapa yg menanam akan menuai hasilnya.

(2) خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan adlh yg ringkas & tepat.

(3) شفاء العين السؤال
Penawar bagi org yg tak tahu ialah bertanya.

(4) العقل السليم في الجسم السليم
Akal yg cerdas berada pd tubuh yg cergas.

(5) القراءة مفتاح العلم
Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.

(6) رضا الله في رضا الوالدين
Redha ALLAH terletak pd redha ibubapa.

(7) أطلب العلم من المهد الى اللهد
Tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad.

(8) الاءتحاد أساس النجاح
Perpaduan asas kejayaan.

(9) الوقت كالسيف ان لم تقطعه قطعك
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

(10) اليد العليا خير من اليد السفلى
Tgn yg memberi lebih baik dr tgn yg menerima.

(11) ان لم تستح فا صنع ما شئت
Sekiranya kamu tidak malu, maka buatlah apa yg kamu suka.

(12) الدعاء مخ العبادة
Doa adalah tonggak ibadah.

(13) الوضؤ سلاح المؤمن
Wuduk merupakan senjata org mukmin.

(14) آفة العلم النسيان
Penyakit ilmu adalah lupa.

Penulis Asal: ZacK keY

Wassalam,
SahabatMusleem
Kata² Hikmah Kata² Hikmah Reviewed by Julia Tarmidi on 7:16:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.