Advertisement

JARIAH: Maklumat Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Selamat petang. Click Me~ Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk kita teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Selasa 19 January 2010 bersamaan dengan 4 Safar 1431H. Kejap je kan masa berlalu~

Aha, ni ade satu sekolah Maahad yang akan ditubuhkan. Hm, kepada sesiapa yang ada rezeki lebih. Jomlah menderma, memberi sedikit sumbangan. Bagus ni, derma untuk sekolah Maahad. Mari sama² kita tingkatkan saham akhirat. Insya`Allah~

Click Me~ Ni ada sedikit maklumat pasal Sekolah yang berkaitan..Jom² baca!

Assalamualaikum.........

Semoga saudara/i berada dalam Rahmat Allah s.w.t.

Adalah dimaklumkan bahawa Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA) adalah sebuah Maahad (sekolah) yang berteraskan pendidikan Islam secara holistik. Terletak diatas tanah wakaf seluas 4 ekar. Penubuhan adalah bertujuan untuk meluaskan sistem pentarbiyahan Islam yang holistik serta membela golongan anak-anak yatim serta fakir miskin. [Maklumat lanjut - sila klik pada attachment]

Oleh itu adalah dialu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk membela serta melancarkan perjalanan Maahad dalam mentarbiyah serta menyebarkan ilmu kepada anak didik serta masyarakat.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui Akaun Maybank di atas nama Sekolah Agama Rakyat Al Ansar [ 562133001336] atau hubungi: Sazli (019-3391702)

PENGENALAN DAN MAKLUMAT

MAAHAD TARBIYAH ISLAMIYAH AL ANSAR
(MTIAA)

BATU 6 ½ KG. ASAHAN 45600 BATANG BERJUNTAI, SEL D.E
Tel : 019-3391702 Fax : 03-3289630
www.sazli.ansari@yahoo.com

PENGENALAN:

Maahad Tarbiyyah Islamiyah Al-Ansar (MTIAA) yang dahulunya dikenali sebagai Markaz Daawah Wattarbiyah Islamiyah Al-Ansar, terletak di Batu 6 ½ Kg. Asahan, Batang Berjuntai, Selangor Darul Ehsan. Ia diasaskan oleh Ustaz Zakaria Al-Ansari sejak 1978 yang juga merupakan mudir MTIAA
Setelah pemergian beliau pada 30 Disember 2007 MTIAA telah disambung tadbir oleh Saudara Rosazli Bin Md Yasin.

Sejarah:

MTIAA diasas oleh seorang ulama’ bernama Ustaz Zakaria B Ismail atau dikenali Zakaria Al Ansari. Beliau pada awalnya membuka perkampungan Al Ansar pada tahun 1976. Kemudian didirikan surau sebagai pusat ibadah khusus dan pusat aktiviti penduduk. Maka bermulalah aktiviti pendidikan yang asalnya dari pelajar terdiri dari kalangan anak-anak orang kampung. Kemudian sekitar 1980an beliau membuka peluang belajar kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin dan anak yatim yang tidak berpeluang mendapat pendidikan dan pentarbiyahan secara Islam di sekolah kebangsaan.

Pada awal penubuhan MTIAA sesi pengajaran dibuat di dalam satu bangunan setingkat yang mana surau terletak di tingkat satu dan kelas di tingkat bawah. Berkat usaha gigih penduduk kampung serta kemurahan hati penyumbang-penyumbang. Secara beperingkat sehingga sekarang ini MTIAA telah memiliki 3 bangunan setingkat.

Walaupun ianya berada dalam keadaan uzur tetapi masih terus digunakan memandang pihak MTIAA tiada kewangan kukuh untuk membina bangunan lain serta ia adalah hasil dari wakaf orang ramai

Falsafah Pentarbiyyahan MTIAA:

Pentarbiyyahan MTIAA merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi Islam yang unggul dari aspek syakhsiyyah, ilmu dan amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN yang menjadikan ALLAH sebagai MATLAMAT, RASULULLAH sebagai PEMIMPIN, AL-QURAN sebagai PERUNDANGAN, JIHAD sebagai JALAN dan SYAHID sebagai cita-cita yang sentiasa diimpikan.

Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada ke arah membentuk peribadi unggul pelajar. Ini bertujuan mempersiapkan diri mereka sebagai umat yang mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Visi:

Mengangkat martabat anak yatim yang tak bekemampuan serta golongan miskin khususnya dalam melahirkan insan kamil di Malaysia melalui pentarbiyahan Islam secara holistik sebagai elemen terpenting.

Misi:

Meningkatkan kualiti pentarbiyahan (pengajaran, pembelajaran, pendidikan dan bimbingan) serta pentadbiran bagi menjadikan MTIAA sebagai pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pentarbiyahan Islam secara holistik di Selangor dan Lembah Kelang khasnya serta di Malaysia amnya.

MAKLUMAT MAAHAD TARBIYAH ISLAMIYAH AL ANSAR:


Maklumat kakitangan:

Bilangan pendidik : 13 orang ( 7 Ustaz dan 6 Ustazah)
Kakitangan sokongan : 4 orang (2 orang Tukang Masak, 1 Pembantu Am, 1 Kerani)


Maklumat pelajar:

Jum. Murid : 130 pelajar

Pecahan:
Pelajar muslimin :78 orang
Pelajar muslimat :52 orang

20% = 26 orang murid dari golongan anak yatim yang fakir miskin tegar (dikecualikan yuran)
27% = 35 orang murid dari golongan fakir miskin (dikecualikan yuran)
38% = 49 orang murid dari golongan miskin (membayar yuran-yuran asas sahaja)
15% = 20 orang murid dari golongan berkemampuan

• 47% terdiri dari golongan asnaf zakat serta yatim
• 85% adalah golongan miskin

Infrastruktur:

Bangunan: (3 unit bangunan utama setingkat)

- 2 bangunan yang menempat bilik asrama di tingkat atas dan kelas di tingkat bawah
- 1 bangunan yang menempatkan surau di tingkat atas dan ruang pentadbiran di tingkat bawah

Dewan Makan dan Dapur

- 2 bangunan dewan makan (masing-masing terletak di asrama muslimin dan asrama muslimat)
- 1 bangunan dapur utama

Rumah Wakaf

- 4 unit rumah wakaf yang menempatkan guru-guru.

Kenderaan

- sebuah van Nissan Vennate tahun 1995

Perbelanjaan (bulanan):

Saguhati

Guru - RM 615 x 13 orang = RM 8000
Kakitangan Sokongan - RM 550 x 4 = RM 2200
Jumlah = RM 10200

Dapur

Beras 600 kg x RM 3/kg = RM 1800
Ikan 400 kg x RM 7/kg = RM 2800
Sayur = RM 400
Ayam 70 kg x RM 6kg = RM 420
Lain-lain = RM 580
Jumlah = RM 6000

Pengurusan

Petrol = RM 300
Baik pulih = RM 700
Jumlah = RM 1000

Kemudahan

Elektrik = RM 1500
Air = RM 1000
Jumlah = RM 2500

JUMLAH = RM 19700

Pendapatan:

Yuran bulanan : RM 150 sebulan (yuran belajar + asrama)
Kutipan yuran bulanan : 20 x RM 150
49 x RM 75

Jum: = RM 13,125

Keperluan Kritikal:

i) Pembayaran Saguhati

Objektif perlaksanaan:

• Mencapai gaji guru minimum iaitu RM 1,500 sebulan dengan caruman KWSP untuk guru berijazah
• Menacapai gaji minimum pada RM 1200 sebulan dangan caruman KWSP untuk guruh diploma
• Mencapai gaji kakitangan sokongan minimum iaitu RM 1000 sebulan dengan caruman KWSP
• Memenuhi kos sara hidup kakitangan.
• Mengelakkan masalah pertukaran kakitangan yang terlalu tinggiterutama di kalangan guru berijazah kerana gaji yang rendah

Cara perlaksanaan:

• Mendapatkan bantuan kewangan sekurang kuran RM 15,000 sebulan dari penajaan atau derma dari syarikat swastas selain dari itu caba dapat bantuan dari berbagai agensi seperti pusat zakat, kerajaan negeri atau badan bukan kerajaan untuk membantu pertambahan pembayaran saguhati kakitangan dari RM 10,200 kepada RM 23,500 sebulan.
• Secara berperingkat menaikkan yuran dari RM 150 kepada RM 200 sebulan kepada golongan yang mampu.
• Berusaha meningkatkan bilangan pelajar yang mampu untuk menampung pelajar miskin.

ii) Baik pulih bangunan/Maahad sedia ada.

Objektif :

• Menyediakan tempat belajar yang sesuai
• Menyediakan persekitaran yang sesuai.
• Menyediakan prasarana yang lengkap untuk pelajar
• Menjamin keselamatan penghuni asrama.

Cara perlaksanaan :

• Membaikpulih kerosakan fizikal bangunan seperti tandas, bilik air
• Membaikpulih pendawaian elektrik,menambah lampu, kipas
• Menyediakan perpustakaan lengkap
• Menyediakan bilik Teknologi Maklumat serta komputer, printer dan pengimbas(scanner)
• Menyediakan Kerusi & Meja
• Menyediakan dapur yang lengkap
• Menyediakan Kantin
• Menambak tar dari 70% kawasan.
• Mendapatkan dana untuk menampung kos penyelegraan yang di sebut di atas daripada pihak kerajaan atau swasta.

iii) Permakanan

Objektif

• Menyediakan nutrisi yang seimbang
• Memberi makanan yang sihat
• Menambahkan makanan dari tiga ke empat kali sehari

Cara perlaksanaan

• Meningkatkan budjet makanan dari RM 1.50 sehari bagi seorang pelajar kepada RM 2..00 sehari

Keperluan Masa Depan:

i) Penambahan bangunan sekolah dan kuarters guru

Objektif :

• Menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
• Meningkatkan tumpuan pelajar semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.
• Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan memenuhi kehendak Pengajaran & Pendidiksn
• Menyediakan ruang kediaman yang sesuai untuk tenaga pengajar dan semua kakitangan
• Menyediakan prasarana yang lengkap
• Untuk menampung penambahan murid yang membayar yuran

Plan perlaksanaan:

Bil Jenis Bilangan Kedudukan

1. Bangunan sekolah (2) 4 tingkat
1.1 bilik guru (2) Tingkat pertama
1.2 bilik mesyuarat (1) Tingkat pertama
1.3 pejabat (1) Tingkat pertama
1.4 makmal sains / tukang (2) Tapak
1.5 dewan (1) berasingan
1.6 bilik komputer (1) Tingkat ketiga
1.7 perpustakaan (1) Tingkat ketiga
1.8 kelas (22) Tingkat kedua/ketiga
1.9 tandas (8) Setiap tingkat

b) Membina 20 pintu kuarters kakitangan di mana setiap satu mempunyai 1 ruang tamu, dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Sama² kita membantu, Insya`Allah.

Wassalam,
SahabatMusleem
JARIAH: Maklumat Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA) JARIAH: Maklumat Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar (MTIAA) Reviewed by Julia Tarmidi on 6:56:00 PM Rating: 5

10 comments:

  1. salam... mohon share info....saya letakkan kat blog saya juga ye... sama2 la kita membantu mana yg bole... daaa...

    salam
    lin GL

    ReplyDelete
  2. Salam... semua sahabat muslem ..

    Sy memang pernah berada di Madrasah Al Ansar beberapa tahun yang lepas...ketika itu Mendiang Mudir Ust Zakaria... masih hidup.. memang serba kekurangan daripada pelbagai segi.. sy pun pernah bekerja dengan gaji hanya RM 300.00 sebulan.. alhmdllh sekarang telah pun bekerja sendiri.. bila sy jumpa blog ini.. sy ingin mohon semua insan musleem memberi bantuan yang sekadar yg mampu... hidupkan madrasah ini sebaik mungkin.... kita amat memerlukan..

    Muhammad Naim Abdullah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saya ingin menghantar anak kawan saya... saya terpaksa menghantar msj ini berikutan mak kepada budak ini tidak tahu membaca n menulis... dan ayah kepada anak ini telah lama meninggalkan mereka.. saya ingin bertanya bagaimana untuk saya menghantar anak ini ke tempat tuan puan? memandangkan mereka di ketogorikan sebagai miskin tegar..

    ReplyDelete
  4. InshaAllah amin. Sama² kita membantu

    ReplyDelete
  5. Sy ingin menjadi tenaga pengajar disini.. bagaimana ya cara nya..

    ReplyDelete
  6. Salam.. Sy pernah belajar disini sekitar thn 93-95.. Ms tu, allahyarham ust.zakaria masih ada.. Kalo xsilap ms tu ust.othman dan ustaz yg cacat anggota kaki dan tngan.. Mereka byk mngajar sy mngaji dan hafalan..

    ReplyDelete
  7. Salam.. Sy pernah belajar disini sekitar thn 93-95.. Ms tu, allahyarham ust.zakaria masih ada.. Kalo xsilap ms tu ust.othman dan ustaz yg cacat anggota kaki dan tngan.. Mereka byk mngajar sy mngaji dan hafalan..

    ReplyDelete
  8. Assalam,saya pernah belajar di sini tahun 2000 ke 2002..banyak yang saya belajar dengan ustaz othman,ustaz hamzah sbg guru disiplin mengajar hanya 1 tahun,usta along dan lain2..sekolah terbaik dalam hidup saya..

    ReplyDelete
  9. Assalam,saya pernah belajar di sini tahun 2000 ke 2002..banyak yang saya belajar dengan ustaz othman,ustaz hamzah sbg guru disiplin mengajar hanya 1 tahun,usta along dan lain2..sekolah terbaik dalam hidup saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, alhamdulillah

      Delete

Powered by Blogger.