Advertisement

Hukum Rokok, Membazir & Lain² [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Gambar ni pun, tiada kena-mengena langsung dengan artikel. he~

Soalan pertama..

Saya nak tanye mengenai menhisap rokok ni.. apa hukumnya ? Kalau saya menghukumkannye makruh , macam mana ? Sedangkan saya tahu rokok tu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan . Apakah itu dikira haram saya hisap rokok ? minta penjelasan..

Soalan kedua..

Bolehkah kita baca bacaan dalam solat dengan nada slow? Sebab saya dengar baru2 ni Ustaz bagitahu kita mesti baca sekadar telinga kita je dengar . Kalau baca perlahan atau slow sehingga telinga kita tidak dengar macam mana ? Adakah sah solat saya ?

Soalan ketiga . .

Aape hukum kalau kita bace bacaan dalam solat tidak mengikut tajwid yang betul? Contohnya ketika rukuk , sujud , tahiyat dan lain2 kecuali al – fatihah . Kalau surah al - fatihah tu saya tahu wajib baca ikut tajwid . Sy amat berharap soalan2 ini dapat di jawab.. Sekian terima kasih

Maka jawabnya...

1. Pendapat yang berkata hukum hisap rokok itu makruh adalah pendapat ulamak2 mazhab Syafi'e. Jika dengan menghisap rokok akan menyebabkan sakit maka berubahlah hukum makruh itu kepada haram.

Membazir ada dua hukum. Membazir yang melampau batas hukumnya adalah haram . Membazir kategori inilah yang disebut didalam Quran sebagai saudara syaitan. Membazir yang tidak melampau batas adalah makruh saja hukumnya dan bukannya termasuk saudara syaitan .

2. Menurut pendapat yg muktamad disyaratkan mendengar bacaan2 yang dibaca didalam solat oleh telinga sendiri. Oleh itu jika tidak mendengar oleh telinga sendiri maka tidaklah sah bacaan tersebut . Jika bacaan itu merupakan rukun solat seperti membaca Fatihah maka tidak sah solat tersebut.

Dan jika bacaan itu adalah zikir yang sunat seperti zikir didalam rukuk maka tidak mendapat fadhilat . Sebutan yang tidak keluar suara yang tidak kedengaran pada telinga sebenarnya bukanlah bacaan . Fatehah dan zikir2 solat adalah bacaan . Kerana itulah disyaratkan mesti bersuara dan tidak dinamakan bersuara jika tidak didengar oleh telinga sendiri.

3. Jika bacaan tidak mengikut tajwid itu tidaklah sampai mengubah makna ayat maka tidaklah membatalkan solat tetapi wajib diulangi semula membaca ditempat yang salah itu.

Melainkan mereka yang baru belajar tajwid dan belum lagi pandai maka kesalahanya dimaaf pada syarak selama kesalahan tersebut terjadi dengan sebab belum pandai bukannya disengajakan.

** Mohon disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain , moga kehidupan kau semua diberkati.. InsyaAllah.. Wallahu 'alam..

Sumber: Al-Azhar Ad Din
Hukum Rokok, Membazir & Lain² [Info] Hukum Rokok, Membazir & Lain² [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 6:25:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Tapi bagaimana pula kalau membaca bacaan dalam solat dengan kuat sehingga mengganggu khusyuk jemaah sebelah atau jemaah lain (ketika solat berjemaah)?

    ReplyDelete
  2. salam alaik...
    saya lebih cenderung utk kurang bersetuju (bukannya lgsg tidak bersetuju) dgn ulasan Sumber: Al-Azhar Ad Din ini dlm bab hukum merokok... dan saya lebih cenderung kpd HARAM merokok... majoriti ulama' dunia bersetuju bahawa merokok adalah haram... bkn semua ulama' mazhab Syafi'e yg mengatakan hukum merokok itu makhruh... malahan yg berkata demikian mengemukakan hujah yg agak lemah berbanding ulama'2 yg mengharamkannya...

    sesungguhnya merokok itu SEPASTINYA akan membawa kepada penyakit... telah terbukti secara perubatan seluruh dunia... dan semestinya merokok itu membawa kpd pembaziran... rezeki yg dikurniakan Allah di'bakar' begitu saja... malahan di'bakar' ke arah kebinasaan... malahan... terdapat info bahawa rokok skrg mmg dicampur dgn liquor (arak) dan hal ini disahkan oleh pekerja kilang rokok...

    saya lebih yakin dgn hukum haram merokok bila membaca artikel oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman... dan saya lebih cenderung utk bersetuju dgnnya... :)

    berkenaan ayat ini... "Perkara - perkara yang berlaku perbezaan pendapat antara ulama' - ulama' kita tidak perlu persoalkan , terima sahaja."... saya berpendapat kenyataan "terima sahaja" itu kurang tepat... lebih elok jika dikatakan kita terimalah pandangan mana yg lebih kuat dan diyakini boleh membawa kita makin dekat dgn Allah... bkn menerima pendapat yg mengikut "selera" kita saja... :)

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.