Advertisement

Hukum Rokok? [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Gambar ni tiada kaitan langsung dengan artikel. he~

Hukum rokok ?

Maaf...Sekadar perkongsian.Di dalam rokok itu mengandungi bahan yang haram.Walaupun jika ia tidak memudaratkan pada sebilangan orang tetapi maka ia menjadi haram kerana mengandungi bahan yang haram.

Maka jawabnya sebenarnya alim ulama’ sudah menyatakan pendapat mereka dalam masalah ini dan sememangnya berlaku khilaf atau perbezaan pendapat di antara ulama’ – ulama’. Maka kita tidak lah perlu bergaduh dengan masalah ini . Jika kita mahu terima pendapat yang mengatakan haram maka tidak mengapa jika kita mahu terima pendapat yang mengatakan makruh juga tidak mengapa.

Tapi bukan semua masalah kita boleh pilih mana - mana pendapat yang kita suka , contohnya dalam masalah bersentuh lelaki dan perempuan , ada ulama' yang mengatakan batal wudhuk dan ada ulama' yang mengatakan tidak batal wudhuk maka dalam masalah khilaf ulama dalam masalah wudhuk' ini kita kena ikut mazhab yang kita amalkan. Jika orang yang guna mazhab syafi'e maka apabila dia bersentuh perempuan contohnya isterinya maka batallah wudhuknya. Sebenarnya dalam masalah-masalah feqah ini kita kena belajar , nak terangkan dalam mesej ni pun tak cukup , kena belajar barulah kita tahu .

Mengenai masalah rokok ini , ulama' - ulama' sudah menyatakan pendapat - pendapat mereka. Pendapat yang paling kuat ialah pendapat mazhab Hambali iaitu haram dan pendapat yang kedua ialah makruh , ini adalah pendapat yang terkenal dalam mazhab Syafi’e , itupun jika tidak memudaratkan kesihatan pada masa terdekat contohnya jika apabila merokok terus sahaja sakit dada atau batuk - batuk atau seumpamanya yang berlaku dalam masa terdekat disebabkan merokok itu maka apabila perkara ini berlaku, hukumnya kembali kepada mazhab hambali iaitu haram . Inilah jawapan yang dijawab oleh ulama’- ulama’.

Jika ada orang yang ilmunya lebih tinggi dari allim ulama' dan tidak setuju atau tidak mahu terima pendapat ulama’ maka cubalah keluarkan fatwa sendiri . Sememangnya alim ulama’ tidak akan sesuka hati mengeluarkan sesuatu pendapat melainkan ia berdasarkan al-Quran dan hadith . Perkara - perkara yang berlaku perbezaan pendapat antara ulama' - ulama' kita tidak perlu persoalkan , terima sahaja . Wallahu 'alam .

Sumber: Al-Azhar Ad Din
Hukum Rokok? [Info] Hukum Rokok? [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 4:03:00 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Salam sahabat memang di Al qur,an tidak salah dalam mengatakan halal dan haram seperti kasus nabi muhamad mengharamkan madu tetapi kata Allah tidak karena setelah di teteliti di jaman sekarang madu memang sangat bermamfaat sekali bagi kesehatan nah kalau rokok kita sendiri yang berpikir banyak fositifnya atau negatif bagi kesehatan

    ReplyDelete
  2. Salam, rokok bg ana haram sbb mmbhayakn kesihatan.. mrokok tu bila dh ketagih sprti sgja nk bunuh diri sbb dh jelas mmg bahaya.. tu yg ana prnh dgar la..

    erm, bab yg klu llaki sntuh prmpn, ada mzhab lain, xbatal jka tnpa nafsu. Sbnrnya sbgi mazhab syafi'e kita blh jgk guna hukum tu jika dlm tawaf/haji misalnya.. Tp kenalah tahu hukumnya dgn betul.. sbb jenuh la klu stiap kli kita tersentuh bkn mahram swaktu tawaf, nk kna ambil wudhu' lain~ klu 5 kali trsntuh?? itu apa yg ana prnh tanya kt Ustaz ana..

    ~www.ariffah9.webs.com

    ReplyDelete
  3. salam alaik...

    saya berpendapat sudah jelas terbukti bahawa merokok itu membawa kepada kemudhratan... dari segi sains perubatan... maka sukar utk diletakkan "merokok itu makhruh dan jika membawa kemudharatan..."

    jika tak menjadi keberatan... perkataan JIKA saya syorkan ditukarkan kepada SEMESTINYA... :)

    maafkan saya kerana saya agak terkilan bila saya menasihati saudara kita yg merokok... ada antara mereka dgn penuh yakin berkata merokok itu cuma makhruh saja... sedangkan kesannya cukup serius... dan juga ianya mengandungi liquor (arak)... saya sbg muslim dlm bidang Sains... agak kecewa dgn perkembangan ini...

    p/s:maaf komen pjg... ini sekadar perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, baik, jika ada yg belajar ilmu feqah dalam bab rokok ni maka dia akan dapat lihat banyak lagi hukum2 yg dikatakan oleh alim ulamak mengenai hukum rokok ini maknanya alim ulamak pun berbeza pendapat. Jadi sebaiknya kita ni tak perlulah nak bergaduh dengan masalah ini. Apa yg dikatakan ulamak maka kita terimalah.

    Sebenarnya bila berkaitan hukum yang sudah dinyatakan oleh alim ulamak maka kita tidak perlu komen dengan akal fikiran kita melainkan kita sudah mencapai tahap ilmu sehingga boleh mengeluarkan fatwa. Kerana untuk mengeluarkan sesuatu fatwa bukan perkara mudah wahai sahabat2 yg disayangi Allah, ulamak akan meneliti setiap nas2 atau dalil2 yang ada bukannya mengeluarkan pendapat sendiri seperti mana yg kita fikirkan.Mereka sudah fikirkan banyak perkara sebelum mengeluarkan fatwa semata2 untuk memudahkan kehidupan kita semua. Tapi bila alim ulamak mengeluarkan fatwa mereka, kita mudah2 komen itu dan ini. Maka ana lihat perbuatan ini sepertinya tidak patut kita lakukan. Mereka bersusah payah untuk mudahkan kita, kita pula komen itu dan ini.

    Rokok ini tidak ada di zaman Nabi SAW, kerna it ulamak mengeluarkan fatwa2 mereka, jika tentang solat dan puasa dan seumpamanya sudah dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran maka perkara2 ini tidak perlu alim ulamak mengeluarkan fatwa. Jadi setiap orang perlu faham kenapa fatwa dikeluarkan, dan sebaiknya belilah kitab baca hujah2 kenapa ulamak ini menyatakan hukum begini dan begitu sebelum nak keluarkan komen.

    Yang terbaik, kita terimalah sahajalah. Jika kita terima pendapat ulamak yg mengatakan haram maka jauhilah merokok, janganlah kita komen pula pendapat ulamak lain yg mengatakan makruh dan seumpamanya.

    Satu lagi, memang tidak salah kita yg bermazhab syafi'e menggunakan hukum dalam mazhab lain tapi ada syarat2nya, bukannya boleh terus laksana. Perkara2 seperti ini perlu belajar dengan guru agama, bukan dengan baca dalam buku agama seorang diri.

    Wallahu'alam.

    Artikel itu sebenarnya hanya untuk menyebarkan ilmu, bukan untuk berdebat mengenai hukum hakam.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, baik, jika ada yg belajar ilmu feqah dalam bab rokok ni maka dia akan dapat lihat banyak lagi hukum2 yg dikatakan oleh alim ulamak mengenai hukum rokok ini maknanya alim ulamak pun berbeza pendapat. Jadi sebaiknya kita ni tak perlulah nak bergaduh dengan masalah ini. Apa yg dikatakan ulamak maka kita terimalah.

    Sebenarnya bila berkaitan hukum yang sudah dinyatakan oleh alim ulamak maka kita tidak perlu komen dengan akal fikiran kita melainkan kita sudah mencapai tahap ilmu sehingga boleh mengeluarkan fatwa. Kerana untuk mengeluarkan sesuatu fatwa bukan perkara mudah wahai sahabat2 yg disayangi Allah, ulamak akan meneliti setiap nas2 atau dalil2 yang ada bukannya mengeluarkan pendapat sendiri seperti mana yg kita fikirkan.Mereka sudah fikirkan banyak perkara sebelum mengeluarkan fatwa semata2 untuk memudahkan kehidupan kita semua. Tapi bila alim ulamak mengeluarkan fatwa mereka, kita mudah2 komen itu dan ini. Maka ana lihat perbuatan ini sepertinya tidak patut kita lakukan. Mereka bersusah payah untuk mudahkan kita, kita pula komen itu dan ini.

    Rokok ini tidak ada di zaman Nabi SAW, kerna it ulamak mengeluarkan fatwa2 mereka, jika tentang solat dan puasa dan seumpamanya sudah dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran maka perkara2 ini tidak perlu alim ulamak mengeluarkan fatwa. Jadi setiap orang perlu faham kenapa fatwa dikeluarkan, dan sebaiknya belilah kitab baca hujah2 kenapa ulamak ini menyatakan hukum begini dan begitu sebelum nak keluarkan komen.

    Yang terbaik, kita terimalah sahajalah. Jika kita terima pendapat ulamak yg mengatakan haram maka jauhilah merokok, janganlah kita komen pula pendapat ulamak lain yg mengatakan makruh dan seumpamanya.

    Satu lagi, memang tidak salah kita yg bermazhab syafi'e menggunakan hukum dalam mazhab lain tapi ada syarat2nya, bukannya boleh terus laksana. Perkara2 seperti ini perlu belajar dengan guru agama, bukan dengan baca dalam buku agama seorang diri.

    Wallahu'alam.

    Artikel itu sebenarnya hanya untuk menyebarkan ilmu, bukan untuk berdebat mengenai hukum hakam.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.