Advertisement

Hukum Aurat Muslimah [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum Aurat Muslimah

Adik perempuan saya mempunyai kawan sebilik yang bukan beragama Islam. Saya ada bertanya beberapa orang ustaz tentang masalah aurat dengan orang bukan Islam ini, walaupun dia perempuan ada yang mengatakan aurat antara Islam perempuan dan bukan Islam perempuan haram sepertimana auratnya dengan lelaki.

Adik saya telah cuba untuk tukar ke bilik lain tapi xdapat.Ini mengundang masalah, terutama yg melibatkan dosa pahala.Tapi ada ustaz lain mengatakan xmengapa, asalkan kita siqqoh (yakin) terhadapnya. Apakah hukum yang sebenarnya? tolong perjelaskan.

Maka jawabnya aurat muslimah dihadapan wanita kafir yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki, jari sampai ke lengan dan kepalanya. Yakni harus ia membuka kakinya di dalam rumah dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya. Lain daripada itu seperti berseluar pendek atau berkembang adalah haram.

Inilah pendapat satu golongan dari ulamak2 fiqh.

Wallahu’alam..

***Mohon disebarkan pada saudara2 kita yang lain, moga Allah permudahkan kehidupan di akhirat kepada sesiapa yang membantu sebarkan ilmu ini..Insya`Allah..

Sumber: Al-Azhar Ad Din [Friendster]
Hukum Aurat Muslimah [Info] Hukum Aurat Muslimah [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 10:56:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.