Advertisement

Dakwah & Tabligh [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Dakwah & Tabligh

a) Apa pendapat mengenai usaha yang dibuat golongan tabligh zaman sekarang?

b) Apa hukumnya meninggalkan isteri dan anak 40hri/4bln yang dilakukan oleh jemaah tabligh zaman sekarang walaupun isteri dan anak meredhainya?

a. Usaha dakwah tidak dinafikan satu kerja kebajikan yang menjanjikan ganjaran yg besar di akhirat nanti. Di akhir zaman ini kerja2 seperti ini tidak disukai oleh setengah orang bahkan ada yang membenci padahal dengan sebab dakwahlah Islam tersebar ke serata alam. Ini berpunca dengan sebab jahil dan terlalu mementingkan kehidupan dunia.

Siapa saja yg menyatakan dan menyampaikan Islam walau dimana sahaja maka dia telah mendapat kemuliaan disisi Allah swt samada namanya gerakan dakwah, atau tabligh atau apa saja namanya.

Skop dakwah sekarang semakin luas. Oleh itu buatlah sekadar yg mampu dengan ruang yg sedia ada untuk berdakwah samada menyertai tabligh atau jemaah2 lain atau berdakwah dengan tulisan didalam kitab dan buku, tv mahu pun internet. Cuma ingat apabila kita telah melakukan kerja dakwah, bertawakkalah kepada Allah swt kerana dia sahaja yg menentukan kejayaannya dan sentiasalah menganggap apa yg kita buat itu masih belum sempurna dengan sentiasa ada azam memperbaiki diri dan jemaah.

Apa yang kita lihat salah itu janganlah ikut dan yang betul itu teruskanlah, ingatlah Islam ini agama yang menyeluruh, makan , minum, bekerja, politik, kahwin, hiburan dan banyak lagi, semuanya berkaitan dengan Islam, tiada satupun yang tertinggal kerana Islam adalah agama yang lengkap.

b. Jika kewajipan terhadap anak isteri telah ditunaikan seperti nafaqah makan minum dan tempat tinggal maka tidak ada masalah meninggalkan mereka kerana kerja2 agama. Pandangan setengah masyarakat yang mengatakan haram meninggalkan anak isteri kerana pergi berdakwah adalah tidak tepat dan terburu2.

Yang tidak betul ialah meninggalkan mereka tanpa menunaikan kewajipan yg sepatutnya sebagaimana disuruh oleh agama.

Sumber: Al-Azhar Ad Din
Dakwah & Tabligh [Info] Dakwah & Tabligh [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 8:23:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. yup...buat yg kita mampu...Allah akan menguji kita dgn sesuatu yg kita mampu...so, sbg pelajar, buatlah usaha yg kita mampu, nak keluar ikut tabligh selalu xleh la dgn masa komitmen kita ngn pelajaran...tp kna la cri cara lain utk tingkatkan amalan dan dakwah kita...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.

    "Tabligh" itu juga merupakan salah satu sifat Rasulullah yakni menyampaikan. Kan bagus menyampaikan perkara-perkara yang baik. Tetapi itulah. Masyarakat kita mudah memandang rendah terhadap orang-orang yang melakukan usaha atas agama ini. Moga-moga kita sentiasa mendapat hidayah dan barakah dariNya. Amiin.

    =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.