Advertisement

Bersifat Sabar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Sabar adalah menahan diri dan membawa kepada yang di tuntut oleh syara' serta menghindarinya dari yang dilarang.Sabar itu adalah sesuatu kekuatan daya yang mendorong jiwa untuk menunaikan kewajipan. juga menghalang seseorang untuk melakukan kejahatan.

Iman Ghazali menjelaskan: Sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama adalah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenalNya, RasulNya, serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaranNya serta perkara-perkara yang berkenaan dengan akibatnya. Sabar iaitu sifat yang membezakan manusia dengan binatang dalam hati menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.

Sesiapa yang yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus menerus, orang tersebut termasuk golongan 0rang-orang yang sabar.

“ …dan sesiapa yang bersabar,maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Sumber: Taman² Syurga
Bersifat Sabar Bersifat Sabar Reviewed by Julia Tarmidi on 6:41:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.