Advertisement

Apakah hukumnya jika kita mendengar azan dlam tv@radio? [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Apakah hukumnya jika kita mendengar azan dlam tv@radio? Adakah wajib kita jawab azan & baca doa selepas azan?

Jika azan berkumandang tidak kiralah melalui tv atau tidak, kita hendaklah menghormati azan tersebut dengan menjawab azan, tidak membuat bising dan sebagainya. Hukum menjawab azan adalah sunat, manakala bercakap ketika azan pula bukanlah suatu perkara yang diharamkan.

Walaupun begitu, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Apabila kamu mendengar orang yang azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu ucapkan. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa berselawat ke atasku satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah bagiku “wasilah”, kerana “wasilah” itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barangsiapa memohon “wasilah” untukku, wajib baginya syafaat.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ahmad)

Yang terbaik jawablah azan dan bacalah doa selepas azan moga kita peroleh syafaat Nabi S.A.W. sepertimana hadis di atas insyaAllah.

***mohon disebarkan pada saudara yang lain, moga Allah kurniakan rezki berlipat kali ganda pada mereka yang sebarkan ilmu ini..insyaAllah..

Sumber: Al-Azhar Ad Din [Friendster]
Apakah hukumnya jika kita mendengar azan dlam tv@radio? [Info] Apakah hukumnya jika kita mendengar azan dlam tv@radio? [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 9:02:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.