Advertisement

Syirik Virus Pemusnah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT, kerana masih diberikan kesempatan untuk kita semua teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Rabu 16 December 2009 bersamaan dengan 29 Zulhijjah 1430H.

Click Me~ Ape kabar sahabat² semua? Berdua` semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga kita semua sentiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen~

Malam ni, ade satu artikel yang amat penting untuk tatapan kita semua. Iaitu pasal syirik. Syirik adalah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Syirik, apa yang kita tahu adalah menyekutukan Allah SWT dengan benda² lain. Percaya pada bomoh/kahin juga adalah syirik, iaitu syirik yang nyata. Bukan tu je. Syirik ni, ada terbahagi kepada dua. Kalau nak tahu ape yang dua tu, jom sama² kita baca artikel ni. Semoga bermanfaat, Insya`Allah~

JAUHI SYIRIK,VIRUS PEMUSNAH…

Semoga kita selalu mendapat Rahmat serta HiyadayahNYA. Untuk melihat betapa kebencian Allah terhadap sifat SYIRIK ini, mari kita sama2 lapangkan masa mencermati pernyataan atau kesaksian di bawah ini;

" Barang siapa yang mengetahui sesungguhnya Akulah yang mempnunyai kekuasaan untuk mengampuni segala dosa, niscaya dia Kuampuni dan Aku tidak peduli ( walau banyak atau besar mana dosanya) asal tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Aku ". HR Al Hakin & At Tabrani dri Ibnu `Abas ra

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga,... Al Maidah ayat 72
" Syirik yang dilakukan umatKu lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ". HR Al Hakim dri Ibnu `Abas ra

Kata tuk guru saya, (ngaji lps maghrib tunggu isyak jer) kita sentiasa di kelilingi godaan SYIRIK.. Katanya lgi; SYIRIK ada dua, yang Jali dan Khafi, namun keduanya Syirik tetaplah Syirik. Macam Arak sebotol dengan satu sudu tetaplah juga nama dan hukumnya Arak.

1. Syirik yang Jali; mungkin tidak berlaku terhadap umat Islam. Tapi yang hampir2 mungkin ada. Cth, langgar mati. Orang akan berkata, " kalaulah dia tidak dilanggar, dia tidak mati dan dah jadi anak dara pun sekarag ". Ertinya yang melanggar ada kuasa mematikan orang

2. Syirik yang Khafi; Syirik jenis inilah yang mengelilingi kehidupan umat Mohammad saw. Cth; ketika meninggalkan rumah untuk bercuti, kita akan mengunci rumah. Orang kaya2 ada beberapa lapis kunci dengan biaya yang bukan sedikit. Jauh dilubuk hatinya "rumah akan selamat kerana sudah dikunci" dengan beberapa lapis kunci tadi. Ertinya Kunci sebagai penyelamat. Anda boleh saja mendapatkan banyak lagi contoh yang sejenama dengannya

Penyelesaian;

1. Ikuti benar2 pesanan Nabi saw, jangan buat sesutu kecuali dengan menyebut Nama Allah. Kalau nak kunci kereta untuk membeli belah bacalah. " Bismillah...Ya Allah inilah ikhtiarku, selebihnya aku berserah padaMU untuk kelamatannya ".

2. Belajar dan amalkan doa2 untuk pemeliharaan dan keselamatan. Insya Allah akan terhidar dari amalan Syirik di samping selalu dapat mengingatNYA. Hati pun akan aman tak kira di mana sekali pun hatta dekat sempadan Siam tuh...

3. Nabi saw perintahkan umatnya "Sentiasa Membaharui Keimanan" dengan membanyakan menyebut kalimah, Tahlil dengan disertai ketiga2 Syaratnya. Kalau nak tau banyak kena tanya Ustaz Insani or Dr Fauziah ler, hahaaaiii.....!

Masalah;

Oooh, kalau nak bercakap2 pun kena Bismillah Ker...? sebaiknya memang begitu, mudahan tutur kata yang dilontarkan ada manfaat, tidak merangsang kekhilapan langsung terus membawa perdebatan yang kadang2 sifatnya hanya Lagha sahaja.( Arab tuh)

Kepada yang Meremehkan serangan Virus Sirik ini, jangan kita berkecil hati pulak kerana mungkin dia telah pun sangat mahir, jiwa sudah didasari dengan ampoh oleh Ilmu `Aqidah atau Usuluddin ini. Cuma dibimbangi kot2 ianya disalah tangkap oleh orang2 yang baru

Kalau member ada yang nak bertanya, apakah taraf ayat Al Quran di atas ayat Mansukh atau uslubya, begitu jugak Hadis itu Hadis Shahih atau Maudhok...? Jawabnya saya nggak tau pak...heheheee

Wallahu `Alam

Sumber: Taman² Syurga [Utuh Umai]

Astaghfirullahal a`zim, semoga kita jauh dari melakukan perkara² syirik terhadap Allah SWT.

Wassalam,
SahabatMusleem
Syirik Virus Pemusnah...! Syirik Virus Pemusnah...! Reviewed by Julia Tarmidi on 8:12:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.