Advertisement

Rawatan Bagi Hati

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين



Alhamdulillah. Ni ada lagi satu artikel yang menarik. Yang patut saya kongsi dengan semua. Semoga bermanfaat, Insya`Allah. Jom kita tinjau²~

Rawatan Bagi Hati

Kadangkala hati kita ini berpenyakit tetapi kita langsung tak menyedarinya. Sakit yang dimaksudkan bukanlah sepertimana sakitnya ketika tahap kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang kita gunakan tidak seperti yang dijanjikan ataupun sakitnya hati ketikamana pada hujung-hujung tahun begini syarikat kita bekerja tidak memberikan bonus. Sakit disini adalah berkenaan dengan rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pada diri seseorang .

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hati kita sekarang ini berpenyakit ialah apabila beberapa sikap ini ada pada kita :

* Buruk Sangka
* Sombong
* Mudah Marah
* Riya'
* Hasad Dengki
* Munafik
* Mengumpat
* Bakhil
* Berat untuk melakukan ibadah


Bila berbicara tentang permasalahan hati, tentu kita takkan lupa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging tersebut ialah hati" Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir.

H1N1 merebak melalui virus maka hati-hati yang sakit juga disebabkan oleh virus-virus tersendiri. Antara virus yang dikenalpasti menjadi racun kepada hati ialah apabila kita berlebih-lebihan dalam pergaulan dimana kita melampaui batas sewaktu menutur kata sehingga tak berupaya mengawal lidah dari mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.

Gagal mengawal pancaindera dari melihat perkara-perkara yang haram juga merupakan racun yang melumpuhkan hati. Begitu juga dengan kegagalan mengawal kehendak perut sehingga kita selalu berada di dalam keadaan kekenyangan. Cuba koreksi diri kita sekarang. Apakah virus-virus yang disebutkan ini telah menular dalam diri kita?

Jika ada , sebaiknya kita rawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih parah. Disini ada sedikit tips dari Ustazah Cakar Harimau, Dato' Siti Norbahyah Mahmood yang dipetik dari majalah Solusi (#8). Antara yang dianjurkan ialah :

Sentiasa Berbaik Sangka

Antara langkah berbaik sangka seperti hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan rela hati dan elakkan menyombong dan meninggi diri.

Buang Segala Sikap Hasad Dengki

Hapuskan sikap hasad dengki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dasar hati. Lihatlah orang yang sentiasa hasad dengki terhadap orang lain, akan menyebabkan orang itu sentiasa mencari jalan melakukan kejahatan kepada orang lain. Mereka suka mengumpat dan menjadi batu api.

Senyumlah!

Senyumlah agar dunia turut tersenyum kepada kamu. Namun, perlu diingat senyum itu memang sedekah tetapi janganlah disalahgunakan untuk memancing maksiat pula. Selain itu senyum juga meransang wajah sentiasa awet muda. Jadi, senyumlah selalu!

Gemar Menghadiri Majlis Ilmu

Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat. Majlis ilmu seperti majlis zikrullah, majlis tilawah al-Quran, ceramah agama, multaqa' ulama dan sebagainya.

Hiasi Diri Dengan Sikap Ikhlas

Ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah swt serta mengharapkan keredaan-Nya. Jauhi dari mendambakan pujian atau kemasyhuran manusia. Niat yang benar menentukan keikhlasan kita.

Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ".
Selamat Merawat Hati..

Sumber: Taman² Syurga
Wassalam,
SahabatMusleem
Rawatan Bagi Hati Rawatan Bagi Hati Reviewed by Julia Tarmidi on 12:00:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.