Advertisement

Mengumpat, dengki & sombong [Renungan]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan perbuatan begini. Dan usalah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya.

Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah, hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu. Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri.

Firman ALLAH yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.- Al-Hujurat:12


Sumber: Taman² Syurga

Wassalam,
SahabatMusleem
Mengumpat, dengki & sombong [Renungan] Mengumpat, dengki & sombong [Renungan] Reviewed by Julia Tarmidi on 7:29:00 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.