Advertisement

Kenapa ada remaja tidak percaya Allah [Tuhan]?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Kerana saya masih lagi disini. Masih lagi diberikan kesempatan untuk saya dan sahabat² semua teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Sabtu 19 December 2009 bersamaan dengan 2 Muharam 1431H.

Tengah buat ape tu? Baru bangun tidur ke? Dah solat subuh ke belum tu? Jangan tinggalkan solat ye, solat itu wajib. Jika sekarang baru tersedar dari tidur, dan belum lagi tunaikan solat subuh. Hah, pergi ambil wudhu` dan solat cepat². Wajib! [eh, bukan dah habis waktu ke?]. Memangla dah habis. Tapi disebabkan kita tidak sedar [betul² tak sedar untuk bangun dari tidur], bangun dan terus tunaikan solat subuh. Tak kiralah pukul 9 pagi ke, 10 pagi ke. Pergi solat seperti biasa. Wajib. Nanti² barulah kita qada` [lebih baik qada`, tapi boleh tanya yang lebih a`lim dalam hal ini samada perlu diqada` atau tidak perlu diqada` atau lain². Allahu`alam]. Tapi ini kes, bila memang betul² tak sedar langsunglah nak bangun untuk subuh pagi tadi. Jangan dah terjaga pukul 6 pagi, pastu..tidur kejap. Kemudian terjaga dan waktu subuh pun dah habis. huh~ Itu dikira kita sengaja tinggalkan solat waktu subuh, berdosa. [wajib qada`]. Astaghfirullah~

Oklah, pagi ni saya ada satu artikel menarik mengenai isu semasa. Isu yang agak membahayakan pada kita, generasi sekarang ni. Hm, gejala tidak percaya akan wujudnya Allah SWT. Astaghfirullah~ Macamane ye boleh jadi macamni? Apa sebabnya? Semoga kita tidak tergolongan dalam golongan seperti ini. Ameen wahai Allah.

Sebelum terus ke artikel, saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua sahabat yang tidak jemu² untuk ziarah/baca blog saya. Yang sentiasa memberikan sokongan yang baik terhadap blog saya dll. Tak lupe juga pada semua follower, terima kasih kerana sudi follow blog saya yang tidak seberapa ni. Terima kasih~ Semoga apa saje artikel yang saya selitkan dalam blog ini, dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat pada kita semua, Insya`Allah.

Tanpa buang masa, jom sama² kita baca artikel yang bertajuk `Kenapa ada remaja yang tidak percaya Allah [Tuhan]?` ni. Semoga ada manfaat, Insya`Allah~

Kenapa ada remaja tidak percaya Tuhan?

Hanafi Malek

KEADAAN zaman yang kini semakin gawat dan keliru ternyata telah memberi kesan yang amat serius kepada akidah anak-anak remaja kita. Kalau dahulu kita dikejutkan dengan gejala menghina agama dan al-Quran oleh pengikut-pengikut black metal, kini muncul pula gejala baru, iaitu ateis (tidak percaya pada kewujudan Tuhan).

Pengerusi Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM), Hanafi Malek ketika mendedahkan perkara itu berkata, masalah ini perlu dipandang serius kerana jumlah remaja Islam yang mula tidak percaya atau sangsi dengan kewujudan Allah, kini semakin membimbangkan.

Sejak terlibat membantu remaja-remaja bermasalah kira-kira 10 tahun lalu, beliau sudah menemui lebih daripada 100 orang remaja yang terlibat dengan fahaman tersebut.

Katanya, sepanjang empat tahun SIDIM ditubuhkan, beliau telah berjumpa dengan lebih kurang 60 remaja yang berfahaman demikian.

"Bukan itu saja, mereka turut mempermain dan meremeh-remehkan kewujudan serta kekuasaan Tuhan.

"Itu ketika bersama SIDIM, tetapi kalau dicampur dengan pengalaman saya sebelum itu ketika masih bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, jumlahnya lebih daripada seratus orang," tegas Hanafi.

Beliau memberitahu, kebanyakan remaja ini berasal daripada keluarga kaya, berjaya dan tinggal di bandar. Sebahagian lagi daripada keluarga yang terlalu miskin.

Dari segi umur pula, ujar Hanafi, kebanyakan mereka berusia sekitar 14 hingga 25 tahun, iaitu golongan yang masih tercari-cari identiti hidup.

Berdasarkan pengalamannya itu, Hanafi menjelaskan, terdapat beberapa faktor mengapa remaja terbabit memilih untuk menjadi seorang ateis.

Antaranya, latar belakang keluarga yang porak-peranda seperti ibu bapa bercerai, keluarga yang kaya tetapi mengabaikan anak-anak, pengaruh rakan, mengagungkan cara hidup barat, kurang didikan agama dan sejarah silam.

"Remaja-remaja ini kebanyakannya tertekan dengan masalah hidup. Antara yang saya temui ialah mangsa cabul oleh ahli keluarga sendiri," kata beliau.

Akibat tertekan dengan masalah itu, remaja ini mula tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Kata remaja ini, kalau Tuhan wujud, kenapa Tuhan membenarkan dirinya dicabul dan ahli keluarganya tadi tidak ditangkap dan dihukum?

"Ada juga mat rempit yang berkata, kalau Tuhan wujud, kenapa dia tidak ditangkap? Kenapa dia menang perlumbaan? Kenapa kawannya mati pada malam Jumaat?

"Malah ada yang mengatakan, kalau Allah Maha Berkuasa kenapa ada orang susah. Kenapa Allah tidak beri semua manusia kaya?" kata Hanafi.

Bagaimanapun, jelasnya, paling membimbangkan ialah anak muda yang asalnya berpendidikan agama serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi.

"Saya pernah menemui seorang remaja berpendidikan agama yang mengalami kejutan budaya dan kemudian terlibat dengan gejala maksiat. Remaja ini berkata, kalau Tuhan ada dan Maha Pengampun, kenapa Dia menciptakan syaitan dan neraka?

"Bila berlaku peperangan di Palestin dan Iraq, ramai orang Islam terbunuh. Selepas peristiwa itu, pelajar ini kata, kalau Allah berkuasa pasti diselamatkan umat Islam dan dihapuskan kaum kafir.

"Sejak itu, pelajar ini terus menafikan kewujudan Tuhan dan menjadi ateis," kata Hanafi.

Anak muda penuntut IPT pula terikut-ikut dengan fahaman itu selepas membuat pemerhatian ilmu secara logik akal dan tidak diseiringkan dengan pendekatan Islamiah.

Justeru untuk berhujah dengan remaja dan anak muda ini, logik akal amat diperlukan kerana mereka sememangnya telah menolak al-Quran.

"Saya bagi contoh ceritakan kepada mereka tentang tiupan bayu laut. Pastinya hembusan bayu itu akan membuatkan seseorang itu terasa dingin, sejuk dan nyaman, sedangkan angin itu kita tidak nampak.

"Begitu juga dengan Tuhan. Manusia tidak nampak tapi tahu akan kewujudan-Nya kerana percaya setiap benda di dunia ini pasti ada penciptanya.

"Secara keseluruhannya, bagi saya, punca utama gejala ini ialah iman tidak kental dan tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya," tegas Hanafi.

Lantaran itu, Hanafi meminta pihak keluarga, kerajaan dan NGO bersama-sama menggembleng tenaga menangani gejala ini sebelum ia menjadi bertambah parah.

Di atas adalah petikan daripada siasatan eksklusif majalah Al Islam, keluaran Disember 2009, mengenai gejala ateis.

Selain artikel tadi, majalah tersebut turut menyiarkan rencana-rencana lain sebagai iringan, antaranya mengenai pengakuan remaja-remaja ateis, latar belakang fahaman itu dan bagaimana untuk berhujah dengan mereka.

Rencana lain yang menarik dan perlu dibaca antaranya, kisah pahlawan Aceh yang diseksa sehingga buta, imam yang dibenci makmum, masalah tatu di badan dan isu Wahabi.

Astaghfirullahal a`zim. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini, ameen~

Wassalam,
SahabatMusleem
Kenapa ada remaja tidak percaya Allah [Tuhan]? Kenapa ada remaja tidak percaya  Allah [Tuhan]? Reviewed by Julia Tarmidi on 9:35:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.