Advertisement

Hukum Wanita Memakai Inai [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum wanita memakai inai

Maka jawabnya hukum wanita yang tiada suami dan memakai inai maka haram dipertonton di khalayak ramai melainkan wanita yang ada suami. Ini perhiasan yang tidak dibenarkan, ini perhiasan dengan hanya untuk dipertonton untuk suami.

Keadaan sekarang, pipi merah atau bibir merah atau seumpamanya haram kepada muda mudi sekarang, kerana mewujudkan fitnah. Bukan tidak boleh mekap atau sebagainya tapi jangan melebih-lebih.

Sekarang banyak kali kita lihat di majlis2 kahwin , kaum lelaki memakai inai di jari,apakah dibolehkan dalam Islam?

Maka ini jawapan daripada ustaz azhar idrus (penceramah di Terengganu) “Setakat yang saya tahu haram kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin. Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh kerana itulah lelaki dilarang memakainya dari kerana terdapat hadith soheh yg melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.”

Sumber: Al-Azhar Ad Din
Hukum Wanita Memakai Inai [Info] Hukum Wanita Memakai Inai [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 10:32:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.