Advertisement

Hukum Memejam Mata Ketika Solat [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum memejam atau menutup mata ketika solat.

Maka jawabnya asalnya membuka mata sunat di dalam solat dan makruh memejam mata dan inilah pendapat yang kuat dikalangan ulama’.

Tetapi jika membuka mata ketika solat menyebabkan kita lalai dengan melihat gambar di sejadah atau sebagainya sehingga menganggu kekusyukan dalam solat dan jika apabila kita memejam atau menutup mata menyebabkan kita kusyuk dalam solat maka ulama’ kata sunat menutup atau memejam mata di dalam solat kerana pahala kusyuk lebih besar daripada pahala menutup atau memejam mata.

*apa yg ana sebarkan kemungkinan betul dan kemungkinan salah, rujuk pada alim ulama’ di sana untuk kepastian..

Jika ada yang tidak faham walau 1 huruf sekalipun bagitahulah..

Wallahu’alam..

Sumber: Al-Azhar Ad Din
Hukum Memejam Mata Ketika Solat [Info] Hukum Memejam Mata Ketika Solat [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 11:21:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.