Advertisement

Hukum Air Mazi, Mandi Junub dll [Info]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT, kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk kita teruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini. Ahad 27 December 2009 bersamaan dengan 10 Muharam 1431.

Tengah buat ape tu? Dah makan belum? Alhamdulillah, saya baru lepas makan. he~ Malam ni takde ape yang nak dipost. Hanya sekadar info, yang mungkin ade sesetengah dari kita belum lagi mengetahui akan hukum hal² yang berkaitan dalam ugama. Jom sama² kita baca, semoga ada manfaat, Insya`Allah.

1) HUKUM AIR MAZI

Saya nak tanya..air mani dan air mazi tu sama ke?..air mani kalau keluar secara sengaja atau tidak sengaja memang wajib mandi wajib, air mazi pun sama juga ke? ..sebab kawan saya cakap xperlu mandi wajib kalau air mazi keluar tapi saya baca dalam majalah, dalam majalah tu tulis kena mandi wajib..?Macam mana ni?

Maka jawabnya air mazi tak sama dengan air mani. Keluar air mazi menyebabkan batal wuduk tetapi tidak wajib mandi dan hukumnya adalah najis sebagaimana air kencing. Manakala keluar air mani menyebabkan hadas besar dan wajiblah melakukan mandi dengan niat mengangkat hadas yg besar. Air mazi keluar ketika rasa syahwat dan jernih lagi licin sifatnya manakala air mani keluar ketika klimak syahwat dan keruh serta kasat.
Tidak benar kenyataan dalam majalah tersebut mungkin tersalah cetak.

2) HUKUM MANDI JUNUB

Apakah hukum mandi junub dalam keadaan telanjang atau tidak berpakaian? Adakah mandi tersebut sah?

Maka jawabnya sah mandi junub dalam kedaan telanjang atau tidak berpakaian. Tidak haram mandi telanjang asalkan mandi dalam bilik yang tertutup yang tidak dapat dilihat dari pandangan orang lain. Setengah ulamak mengatakan hukumnya sunat mandi dalam keadaan memakai kain basahan .

3) HUKUM MENGELUARKAN AIR MANI DENGAN SENGAJA

Apa hukumnya dan kesan mengeluarkan air mani dengan sengaja? saya pernah dengar bahawa kalau kita bimbang kita kita terjerumus dengan zina dengan seseorang lebih baik mempiaskan nafsu tersebut dengan mengeluarkan mani itu dengan tangan sendiri. Saya tahu ISLAM memberikan panduan samada kita berpuasa atau kalau mampu kita berkahwin. tapi kalau seorang itu tidak dapat meredakan nafsunya walaupun berpuasa dan tidak mampu untuk berkahwin lagi bagaimana ustaz..?

Maka jawabnya banyak kedengaran perkataan yang mengatakan jikalau mahu elakkan zina harus hukumnya beronani maka ini adalah salah. Hukum onani tetap haram sekalipun diberikan alasan akan berzina kerana Nabi saw telah memberikan penawar bagi membendung gelora nafsu ini dengan menunaikan ibadah puasa. Kesan beronani kepada tubuh badan diantaranya melemahkan aqal dan ingatan, sperma yg terhasil tidak sihat, penyakit lengoh dan cepat mati pucuk. Sebagaimana yg telah sedia maklum, Islam menganjurkan perkahwinan yang diantara hikmahnya dapat menunaikan keinginan sebagai satu fitrah manusia. Bagi yg belum mampu berkahwin dianjurkan berpuasa. Maksud berpuasa disini jika dilihat pada hikmah yg tersiratnya membawa maksud syahwat dan keinginan hanya mampu di kekang dengan jalan agama. Kenapa orang yg telah berpuasa masih tidak dapat mengawal hawa nafsunya? Ini disebabkan puasanya hanya sekadar zahirnya sahaja tidak benar2 sebagaimana yg dituntut oleh Allah swt. Jika puasanya benar dengan niat ingin mengawal nafsunya sudah tentu puasa tersebut menjadi perisai dari terjerumus mengikut kehendak nafsu.

Sebaiknya puasalah dengan niat ihklas dan dengan niat kerana takutkan Allah insyaAllah akan berjaya mengawal diri dari perkara2 yg tidak baik.

Firman Allah yg bermaksud : "Sesiapa yg takutkan Allah nescaya Allah akan berikan kepadanya jalan kelepasan (dari kekusutan yg dialaminya) dan Allah akan berikan kepada rezeki yg melimpah ruah."

4) HUKUM BACA QUNUT

Saya nak tanya, boleh atau tidak jika kita tidak istiqamah dalam membaca qunut dalam solat subuh?..Contohnya kita sebenarnya tidak lupa untuk baca qunut tapi kita sengaja tidak mahu baca doa qunut itu, sah tak solat?

Maka jawabnya membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafie. Oleh itu jika tidak dibaca, tidaklah membatalkan solat cuma tidak mendapat fadhilat membaca qunut. Sesiapa yang tertinggal membaca qunut maka sunat ia melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam. Adapun sesiapa yang sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh,maka solatnya tetap sah dan tidak berdosa.

***Mohon disebarkan pada saudara2 yang lain, moga Allah kurniakan pahala yang besar.

Wassalam,
Admin

Soal Jawab,
Ustaz Al-Azhar Ad Din
Hukum Air Mazi, Mandi Junub dll [Info] Hukum Air Mazi, Mandi Junub dll [Info] Reviewed by Julia Tarmidi on 10:15:00 PM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.